Archive for ramlee awang murshid

Book Review: Hijab Sang Pencinta (Bagaikan Puteri #3) – Ramlee Awang Murshid

Posted in Book Review with tags , , , , , , , on June 4, 2013 by inibukanceritadongeng
Hijab Sang Pencinta - Ramlee Awang Murshid

Hijab Sang Pencinta – Ramlee Awang Murshid

Tajuk: Hijab Sang Pencinta (Bagaikan Puteri #3)
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Penerbit: Alaf21
Genre: Thriller/Fantasi
Bilangan muka surat: 503 muka surat
Cetakan: 2012
ISBN: 978-983-124-385-5

Sinopsis:
Kesinambungan dari pada siri novel ‘Bagaikan Puteri’ dan ‘Cinta Sang Ratu’ diteruskan dengan pengembaraan Laksamanan Sunan, Haryani dan Dani dalam ‘Hijab Sang Pencinta’. Laksamana Sunan yang dalam perjalanan dari Aceh ingin kembali ke Tanah Melayu menghadapi pelbagai dugaan di sepanjang perjalanannya. Antaranya, menghadapi manusia tunggangan kejahatan Taghut, Manggala yang asalnya manusia khunsa yang berasal dari Negara China. Siangnya menjadi laki-laki, malamnya menjadi perempuan. Kejahatan Manggala jauh lebih jahat berbanding Maharani Pulau Utara dulu. Selain itu, dia turut berjumpa dengan Guntur dan Sari, adik-beradik yang mengetuai gerakan Panji Tengkorak yang ingin membalas dendam atas kematian Nyi Burga Kelara dan Beragas (Jin Berantai). Namun, dengan ilmu yang sarat di dada dan tidak pernah meninggi diri, akhirnya dia berjaya kembali ke Kampung Punggor. Sesampai di sana, masalah demi masalah pula muncul. Kehadiran Putri Kober Gandring yang mahu membalas dendam atas kematian Taming Sari dan kemurkaan Sultan Melaka terhadapnya dahulu. Di pertengahan cerita, Laksamana Sunan akhirnya terdampar ke abad ke-21 dan ditakdirkan bertemu dengan Haryani, bagaikan puteri dan Dani, Senggara. Bagaimanakah Laksamana Sunan menyesuaikan diri di era moden ini? Apakah pula cabaran yang menantinya? Sama-sama kita selami!

Komen:
Secara keseluruhannya, lima bintang daripada lima bintang saya berikan kepada buku ini. Kesinambungan daripada novel pertama dan kedua nampak selari. Pembaca juga dibawa bersama-sama mengimbau kembali kenangan pada novel pertama dan kedua dengan berkesan sekali. Nama-nama seperti Djailuh, Sadik, Rita, Nyi Burga Kelara, Beragas, Senggara, Sang Ratu, Maharani dan lain-lain diungkap kembali. Kisah pengembaraan Laksamana Sunan yang penuh debaran ini bersambung ke siri novel keempat iaitu ‘Cinta Sufi’.

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 05:16 AM, 04/06/2013.

Book Review: Aku Bercerita – Ramlee Awang Murshid

Posted in Book Review with tags , , , , on April 19, 2013 by inibukanceritadongeng
Aku Bercerita - Ramlee Awang Murshid (Google Image)

Aku Bercerita – Ramlee Awang Murshid (Google Image)

Tajuk: Aku Bercerita
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Penerbit: Alaf 21
Genre: Thriller
Bilangan muka surat: 601 muka surat
Cetakan: 2013
ISBN: 978-983-124-836-2

Sinopsis:
Berbeza dengan karya-karya sebelumnya, novel terbaru Ramlee Awang Murshid kali ini mengisahkan lima cerita yang tidak berkaitan antara satu sama lain. Kisah dimulakan dengan percutian seorang penulis ke Pulau Pinang untuk mencari idea penulisan bagi novelnya yang seterusnya. Namun penulis tersebut mengalami writer’s block yang pasti akan dialami setiap penulis buku. Dia pun mula menenangkan fikiran dengan berehat dan tidur seketika. Bangun sahaja dari tidur dia terkejut melihat sebuah karya berjudul ‘Bunian’ sudah siap ditulis dan tertera pada laptop miliknya. Dia pun membaca cerita tersebut. Gaya penulisan cerita tersebut tak jauh malah sebiji seperti penulisan biasanya. Tanpa berfikir panjang dia menganggap karya tersebut adalah milik dia yang dikarang dalam keadaan separuh sedar dan tiada orang lain yang menggunakan computer ribanya itu. Hari-hari seterusnya, dia masih dibelenggu writer’s block dan hari-hari itu juga dia didatangi pelbagai peristiwa pelik. Antaranya, didatangi watak-watak yang pernah beliau cipta dalam novel-novel sebelum ini. Contohnya, Tombiruo, Bangsa Polip dan lain-lain. Selain itu, empat lagi karya berjudul ‘Culik’, ‘Cinta Matiku’, ‘Sang Kancil’ dan ‘Cut’. Di hujung novel ini, satu kebenaran yang mengejutkan terbongkar tentang penulis tersebut. Ingin tahu kisah setiap karya tersebut? Ingin tahu kebenaran tentang penulis tersebut? Kenalah baca novel ini.

Komen:
Secara keseluruhannya, lima bintang daripada lima bintang saya berikan kepada buku ini. Saya memang minat dengan karya novelis thriller No. 1 Malaysia, Ramlee Awang Murshid. Memang tidak mengecewakan. Kelima-lima cerita yang merupakan asas buku ‘Aku Bercerita’ ini masing-masing ada keistimewaannya. Tapi, saya paling suka dengan cerita ‘Cinta Matiku’. Bukan kisah cinta sembarangan tapi “Cinta matiku… hanya kepada bangsa, agama dan Negara.”

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 06:00 AM, 19/04/2013.

%d bloggers like this: