Archive for cinta

Pulau Harapan

Posted in Pena Minda with tags , , , , , , on July 15, 2013 by inibukanceritadongeng

Di sebuah pulau nun jauh di tengah lautan digelar Pulau Harapan terletaknya semua jenis perasaan. Ada cinta, pentingkan diri, kekayaan, kesedihan dan banyak lagi.

Pada suatu hari, ditakdirkan pulau itu tenggelam ke dasar laut. Semua perasaan cuba lari menyelamatkan diri ke pulau berhampiran yang lebih selamat. Begitu juga dengan cinta.

Dalam keadaan huru-hara itu, pentingkan diri lalu di hadapan cinta. Cinta pun berkata, “Bolehkah saya menumpang menyelamatkan diri bersama kamu?” Pentingkan diri terus menjawab, “Sampan saya hanya muat untuk diri saya seorang saja. Kalau saya bawa kamu, kemungkinan saya tenggelam ke dasar laut bersama-sama Pulau Harapan.” Pentingkan diri pun terus meninggalkan pulau itu.

Cinta tidak berputus asa lalu dia bertemu dengan kekayaan. Dia memohon pertolongan daripada kekayaan. Kekayaan berkata, “Sampan saya sudah dipenuhi dengan emas, perak, berlian dan harta-harta lain milik saya. Kalau saya bawa kamu sekali di mana saya nak letak harta-harta saya ni?” Khuatir cinta akan mengambil hartanya kekayaan meninggalkan Pulau Harapan dalam sekelip mata.

Cinta letih namun dia tetap gigih mencari bantuan. Sebuah sampan agak kosong dengan penumpang bernama kesedihan lalu di situ. “Sudikah kamu membawa saya lari dari pulau ini ke pulau berhampiran yang lebih selamat?” kata cinta. Kesedihan diam sahaja. Beberapa ketika dia bersuara, “Maaf, saya amat sedih sekarang dan perlukan masa untuk bersendirian.” Kesedihan berlalu dari situ dengan muka muram sekali.

Tidak lama selepas itu, sebuah sampan kecil dengan seorang lelaki tua dan wanita muda lalu di tempat cinta. “Wahai anak muda, marilah dengan saya menaiki sampan tak seberapa ini pindah ke pulau yang lebih selamat.” Tanpa menunggu lama, cinta terus mendapatkan orang tua itu dan mereka bertiga sama-sama berkayuh ke pulau berhampiran.

Setibanya di pulau baru itu, cinta, orang tua dan wanita muda itu membawa hala tuju masing-masing. Mereka langsung tidak sempat untuk berkenalan. Cinta pun bertanya kepada wanita muda itu. “Kamu kenal siapa orang tua yang menumpangkan kita tadi?” Wanita muda itu menjawab, “Dialah masa.”

Di saat-saat akhir, harapan turut tenggelam. Pentingkan diri, kekayaan, kesedihan dan perasaan-perasaan lain tidak kekal lama. Semuanya akan berlalu pergi. Hanya masa yang kekal menyaksikan penantian cinta walaupun penantian itu suatu penyeksaan.

Pulau Harapan

Pulau Harapan

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 09:48 PM, 15/07/2013.

Book Review: Cinta… Tiada Akhirnya (Ombak Rindu 2) – Fauziah Ashari

Posted in Book Review with tags , , , , , on April 19, 2013 by inibukanceritadongeng
Cinta... Tiada Akhirnya - Fauziah Ashari

Cinta… Tiada Akhirnya – Fauziah Ashari

Tajuk: Cinta… Tiada Akhirnya (Ombak Rindu 2)
Penulis: Fauziah Ashari
Penerbit: Intens Idea International
Genre: Cinta
Bilangan muka surat: 597 muka surat
Cetakan: 2012
ISBN: 978-983-43450-1-3

Sinopsis:
Hariz yang merupakan anak kandung Mak Jah dan Pak Dollah meneruskan legasi ibu angkatnya, Datuk Sufiah di Sufiah Holdings. Rumah tangganya dengan Izzah juga semakin intim. Malah Izzah kini disahkan mengandung beberapa minggu. Beberapa tahun ini, Izzah turut menyambung pelajarannya di UTM dan berkenalan pula dengan Musliha dan Hazirah, adik angkat Hariz. Mila Amylia pula semakin popular mengejar cita-citanya sebagai pelakon popular di Malaysia. Kehilangannya beberapa tahun lepas adalah untuk menyembunyikan diri daripada Hariz kerana mengandungkan anak kepada lelaki kesayangannya itu. Dia muncul kembali dan menyatakan perkara sebenarnya kepada Hariz. Namun, saat itu mereka cuma sahabat baik sahaja kerana telah bercerai. Kini, Mila sedang hangat bercinta dengan Aidil, seorang pengarah filem muda. Kebahagiaan Izzah dengan Hariz sekejap sahaja kerana sejarah silamnya kini menghantuinya kembali. Pak Cik Tahar yang pernah memperkosanya dulu kini kembali menyamar sebagai pemandu peribadi suaminya tetapi menggunakan nama lain iaitu Pak Mok. Penampilan Pak Mok jauh sekali bezanya dengan Pak Cik Tahar yang dikenalinya. Lama-kelamaanya, Izzah mempercayai lakonan pak ciknya itu dan pada waktu itu dia percaya bahawa pak ciknya telah bertaubat. Izzah berjaya menipu Hariz untuk mendermakan wang sebanyak RM 25,000 kepada sebuah persatuan kebajikan. Hariz yang sangat mempercayai isterinya malah menyerahkan cek sebanyak RM 30,000. Tetapi, bila diketahui oleh Hariz bahawa wang itu sebenarnya untuk tujuan lain, rumah tangga mereka semakin dingin. Izzah masih merahsiakan perkara sebenar dari suaminya. Selang beberapa hari, pak ciknya meminta lagi wang untuk menuruti nafsu kaki judinya. Apabila gagal menuruti kehendak pak ciknya, Izzah pula jadi mangsa. Pak Cik Tahar dengan kawan judinya Roland bertindak menculik Izzah untuk mendapatkan wang tebusan daripada Hariz. Namun, semasa ditangkap Roland telah bertindak menumbuk perut Izzah. Semasa dalam tahanan, dalam kesakitan akibat keguguran itu Izzah berjaya meloloskan diri. Namun, pergerakannya berjaya dihidu oleh Pak Cik Tahar. Semasa hendak melarikan diri daripada Pak Cik Tahar, Izzah telah terjatuh ke sebuah sungai semasa hendak menyeberangi sungai tersebut. Berita kematian Izzah menyebabkan hidup Hariz serba tak kena. Apakah kisah selanjutnya? Kenalah baca buku ini.

Komen:
Secara keseluruhannya, lima bintang daripada lima bintang saya berikan kepada buku ini. Sekuel kepada “Ombak Rindu” ini tidak menghampakan. Watak-watak dari buku pertama masih dikekalkan malah pertambahan watak dan perkembangan watak yang hanya muncul seketika daripada buku pertama turut ditekankan. Malah konflik demi konflik muncul terutamanya kenampakan belang sebenar adik kandung Hariz iaitu Salleh. Kisah Hariz bersambung ke “Rindu Cintaku” (Ombak Rindu 3).

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 06:05 AM, 19/04/2013.

Soal Hati

Posted in Whateverrr with tags , , , on May 22, 2012 by inibukanceritadongeng

once upon a time..

X berkenalan dengan Y.. X belajar di luar negara dan Y bekerja di malaysia.. kedua-dua X dan Y rakyat malaysia.. mereka pun terus berkenalan dan kenal hati budi masing2 melalui facebook, skype, SMS, call dan lain2.. dari member2 mereka pun jatuh cinta and decide “in a relationship..”

mereka pun live happily but not “forever after..” si X ni kuat cemburu tapi taklah seteruk mana.. dia paranoid.. si Y ni cool dan bertahan dengan kerenah si X.. sampai satu tahap si X minta putus dengan si Y.. si Y pun terima saja dan kata “fine!!”

lepas lama tak berhubung, si X pun berkenalan dengan si Z.. masa tu si X dah berada di malaysia dah berjumpa face-to-face dengan si Z.. mereka berkenalan dengna keluarga masing2.. mak, ayah, kakak, adik dan kawan2.. then, mereka pun decide “in a relationship” juga.. banyak kenangan mereka bersama.. tengok movie sama2, makan sama2, jalan tepi pantai sama2, macam2 lagilah sama2..

pada suatu ketika, si Y contact si X minta bersama kembali.. maksud nak rujuk baliklah.. tapi, si Z dah sayang sangat2 dengan si X ni.. si X pun sayang dengan si Z ni tapi hati dia mengatakan dia nak kembali kepada si Y sebab dia sedar dulu dia tinggalkan si Y atas sikap dia yang paranoid tu..

kalau dia tinggalkan si Z, nanti si Z yang merana dan si X ni diselubungi rasa bersalah.. jadi, sekarang si X dalam dilema nak pilih Y atau Z.. dia bercadang nak single dan tinggalkan kedua-dua Y dan Z.. tapi yang merana teruk masih si Z.. tak lupa juga si X yang akan diselubungi rasa bersalah..

JADI, APA PENDAPAT ANDA???

[p/s: dah macam slot sinetron tv3!!!]”
.
.
.
kesudahannya:
selepas berfikir panjang dan mengambil kira pendapat orang, X memutuskan untuk meneruskan hubungannya dengan Z.. tetapi, Z telah ‘luka parah’ dan dapat ‘hidu’ cinta X kepada Y amat mendalam..

memang benar X sangat mencintai Y begitu juga cintanya terhadap Z.. tak kurang juga cinta Z kepada X.. Z nekad untuk melupakan dan meninggalkn X.. alasannya tidak guna mencintai orang yang pada waktu sama masih mencintai kekasih lamanya.. cinta Z tidak dapat menandingi cinta X terhadap Y.. sungguh hebat cinta X kepada Y..

apabila Z bertanya kepada X, kenapa X mengambil keputusan untuk meneruskan percintaan dengannya (Z), X menjawab terlalu banyak kenangan manis kita berdua dan dengan keluarga kita.. Z masih dapat mengesan bahawa mulut X berkata demikian tetapi hatinya masih hendakkan Y..

kini Z telah ‘move on’ fokus dalam studynya demi mengubat hatinya yang hancur berkecai, tak nak merana lagi.. dan juga melepaskan X untuk kebahagiaan X sendiri..

X sekarang masih cuti semester dan akan memasuki semester 2 dan kembali ke luar negara beberapa minggu lagi.. disebabkan peristiwa ini, X tidak sabar hendak meninggalkan malaysia.. X kini masih di dalam dilema.. adakah dia patut memilih Y di kala Z telah meninggalkannya atau stay single sahaja?? atau putukah dia stay single sahaja??

[p/s: kalau movie, ada sambungan ni!!]

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 12:58 AM, 22/05/2012.

Untitled

Posted in This Is My Story with tags , , , , , , , , , , on May 7, 2012 by inibukanceritadongeng

a. ada seorang kawan ni. goes by the name A. berkenalan dengan dia dalam facebook sebab sama2 sangat2 minat seorang selebriti ni. lama2 berkenalan sampai jadi BFF. hehe! saya ada bila dia ada masalah. dia pun ada bila saya ada masalah.

b. banyak pengalaman dilalui bersama. masalah cinta, famili, pelajaran semuanya dikongsi. secrets pun banyak dikongsi. i was like sayang sangat2 dia. pernah juga cakap kepada dia, whatever it is i will always love you. tapi, dia cakap we’ll always be bestfriend. cleared and i accept it and respect it.

c. ada seorang kawan lagi. goes by the name B. dah lama juga kenal dia ni. sama belajar di UNIMAS. dah ada GF. siap masa birthday dapat hadiah dipos lagi dari luar negara.

d. saya sangat rapat dengan A dan juga agak rapat dengan B. then, satu hari silap saya juga. masa makan di kafe kolej B nak tahulah siapa special friend saya. sebab PERCAYAKAN dia, saya pun introduce twitter A kepada B.

e. malam tu juga B follow dan bercerekarama di TL twitter. macam sengaja nak buat saya butthurt. untuk tidak memburukkan lagi keadaan, saya deactivate kedua-dua akaun facebook dan twitter saya untuk seminggu.

f. betul saya tak ada hak nak jealous. yeah, it is clear that we’re just bestfriend but i just can’t stand it why out of sudden YM dan skype mereka aktif. sebelum ni tak pula. tak ada pula nak webcam atau chat melalui YM atau skype dengan saya. i’m feeling a BIG PISSED. sangat2 pissed bila orang yang saya dah kenal lama sangat2 mesra dengan orang lain yang baru dia kenal less than a day.

g. lepas seminggu jiwa dan minda kembali agak tenang. chat kembali dengan A. all of sudden lepas lama kenal baru tahu both A and B ada YM and all of sudden too dua2 aktif dalam skype. dalam TL twitter tak payah sebutlah. belum lagi dalam chatbox facebook.

h. A pun macam mula jatuh hati kepada B walaupun dia dah tahu B dah ada GF. B pun layan juga A walaupun dia tahu saya bestfriend dengan A. then, i was like “apa yang B ni nak sebenarnya? dah ada GF tapi nak juga yang lain.”

i. mungkin saya patut anyhow reach to B’s GF dan beritahu semua ni. atau adakah dia memang tak ada GF. may be semua tu imaginasi dia saja. kalau betul imaginasi, then i should make B’s life a living hell seperti apa yang dia buat kepada saya.

j. kepada A, i’m still your bestfriend and i’m just hoping you understand what i’m feeling now. we’ve been through a lot together. the laughters. the cries. the gossips. the break-ups. i’ve always been there when you needed me and the same goes to you.

k. kepada B, i’m wondering what is your intention. once i know it, just get ready for many backstabbings and oh, thank you so much for becoming the hell raiser and ruining this friendship.

l. i’m no adele. set fire to the rain. i’m always fight fire with fire.

m. to A, whatever it is i still cherish our friendship. i can love you more than a lover can and i respect our friendship that i can’t afford to lose it. just that i’m so PISSED when you’re more manja in public (twitter) with B than you with me.

[p/s: B always make fun of me in real life. laughing and making jokes of me for being ugly and fat. mungkin sebab tu juga i’m still single up to now. FAT AND UGLY. yeah, muka B sangat flawless. mungkin sebab tulah A starts to fall for B.]

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 04:22 AM, 07/05/2012.

Ada Apa Dengan Cinta? (The Scientific Perspectives)

Posted in Whateverrr with tags , , , on August 10, 2011 by inibukanceritadongeng

L-O-V-E

L-O-V-E


Banyak sebenarnya. Estrogen, Testosterone, Phenylethylamine (PEA), Dopamine, Noradrenaline, Endorphins, Oxytocin dan Serotonin hanya sebahagian daripada kisah cinta ini. Interaksi bahan-bahan kimia semulajadi inilah yang menjadikan cinta seperti cinta yang kita kenali.

Lebih spesifik: Dopamine, Norepinephrine, dan Serotonin terhasil pada fasa mengurat dan terpikat. Oxytocin dan Vasopressin pula dikaitkan dengan hubungan jangka masa panjang. Apabila cinta dan kasih sayang sudah menebal. Bila mata bertentang mata, lidah kelu untuk berkata. Cinta. Cinta lahir dari mata tapi tidak terus ke hati. Cinta menyimpang ke jantung. Jantung menggetarkan ritma yang luar biasa, diterjemahkan di otak melalui sistem saraf autonomik. Terhasillah PEA (thanks to Klein Liebowitz), Dopamine dan Noradrenaline.

Kesemuanya dari salasilah yang sama dengan Amphetamine, juga dikenali sebagai Speed, sejenis dadah berbahaya. Kesannya? Hampir sama dengan Speed. Jantung rasa berdebar, lutut menggeletar. Air liur meleleh, tak dapat ketagih. Makan tak lalu, tidur tak lena. Hidup jadi serba tak kena. Hilang selera makan, peningkatan stamina (chatting berjam-jam tak letih punya…), perpeluhan, hyperactive, loya, gatal-gatal kulit (betullah istilah menggatal tu), peningkatan kadar degupan jantung, tekanan darah tinggi, pening.

Kesannya kepada psikologi pula: banyak cakap, peningkatan konsentrasi dan confident, peningkatan respon dan euphoria (tu yang tergelak sorang2 tu…), insomnia, decrease REM sleep (tu yang tidur tak lena). PEA juga membuatkan seseorang itu yakin, alert dan berani mencuba sesuatu yang baru, sebab itu la kita tengok orang mabuk asmara ni sanggup buat yang pelik-pelik; lari dari rumah, lompat pagar asrama, sanggup buat apa-apa saja untuk yang dikasihi. (konon…)

Tetapi, bila ‘dibuang cinta’, clash, putus cinta & kesannya amat parah. Otak serta-merta akan berhenti merembes PEA dan kesannya, sama dengan penagih Speed yang tak dapat stok; tak tentu arah, panik, bengong, boleh jadi gila. Tak mustahil medically. Cinta. Euphoria, gayat, ketagihan. Di luar kawalan. Di bawah sedar. Norepinephrine dan Dopamine sering dikaitkan dengan romantik. Mana taknya, ia merupakan desire molecule antara neurotransmitters. Dopamine yang terhasil di kala bercinta berhubungkait dengan penghasilan Oxytocin, sejenis hormon yang diperlukan oleh ibu-ibu yang menyusukan.

Oxytocin kadangkala digelar ‘cuddle chemical’. Oxytocin dirembes dgn banyak ketika aktiviti-aktiviti aktif seperti urutan (sebab tu, urut-mengurut ni amat berbahaya bagi sesiapa yang tak nak jatuh cinta, hati-hati…), aktiviti-aktiviti lasak dan aktif ketika dating juga adalah salah satu cara yang baik untuk mengurat; roller coaster ke, berlarian-larian, keliling pokok macam hindustan tu semua. Semua ini Oxytocin punya kerja. Oxytocin juga mengurangkan perasaan takut dan meningkatkan kepercayaan, itu kualiti penting dalam percintaan. Kajian juga menunjukkan Oxytocin melembapkan beberapa fungsi pembelajaran dan ingatan. Hmm… tapi masih boleh dipertikaikan, sebab ada yang lebih berjaya dalam akademik bila bercinta. Kalau tidak hati-hati, Oxytocin berlebihan akan menimbulkan masalah. Akibatnya? Bila masing-masing sudah berkehendak, mulut tidak lagi boleh berkata tidak. Tangan mula meraba, n then tetttttz!!!

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 04:30 AM, 10/08/2011.

%d bloggers like this: