Archive for buku

Book Review: Sehangat Asmara – Aisya Sofea

Posted in Book Review with tags , , , , , , , on June 11, 2013 by inibukanceritadongeng
Sehangat Asmara - Aisya Sofea

Sehangat Asmara – Aisya Sofea

Tajuk: Sehangat Asmara
Penulis: Aisya Sofea
Penerbit: Alaf21
Genre: Cinta/Urban
Bilangan muka surat: 548 muka surat
Cetakan: 2013
ISBN: 983-124-120-7

Sinopsis:
Kamilia Najwa Tan Sri Ahmad Sharifuddin, seorang anak gadis businessman terkenal dan berjaya. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda di sebuah universiti di England. Dia tinggal di sebuah apartmen dengan kawan baiknya, Mimie. Selain melanjutkan pelajaran, mereka kerap kali bersuka ria di bar, pub dan kelab malam di sana. Dia ditemukan dengan Zainal Arief, seorang lelaki Melayu yang berasal dari Malaysia juga. Melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di peringkat ijazah, Zainal bukanlah pilihan dan taste Kay. Zainal sentiasa cuba menghadirikan diri dalam hidup Kay dengan harapan untuk mengubah cara hidup Kay yang jauh menyimpang dari cara hidup orang Timur itu. Namun segala usaha Zainal mendapat tentangan dari Kay. Sehinggalah pada suatu hari, Kay mengetahui Mimie membawa lelaki ke biliknya dan lebih dari itu melakukan maksiat di belakang Kay. Kay rasa hilang tempat bergantung dan kepercayaan terhadap Mimie. Di waktu inilah Zainal muncul memberi kekuatan dan nasihat buat dirinya. Lama kelamaan mereka jatuh cinta dengan satu sama lain lalu mengambil keputusan untuk berkahwin walaupun tanpa restu orang tua. Tiga bulan berkahwin, Zainal terpaksa meninggalkan Kay untuk kembali ke tanah air atas urusan peribadi yang mustahak. Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Namun, Zainal tidak kembali seperti yang dijanjikan. Tambahan pula Kay kini disahkan mengandungkan anak mereka. Apakah yang terjadi kepada Zainal? Bagaimana pula nasib menimpa diri Kay?

Komen:
Secara keseluruhannya, lima bintang daripada lima bintang saya berikan kepada buku ini. Walaupun ditulis oleh pengarang yang sama seperti novel Adam & Hawa, secara peribadinya Sehangat Asmara lebih memilukan. Mana tidaknya. Kemunculan watak Misya, seorang kanak-kanak berumur sembilan tahun yang sungguh naïf sungguh mencuit hati dan menyentuh perasaan. Yang lebih menyentuh hati adalah endingnya yang tidak disangka-sangka. Dua tindakan Zainal yang sungguh tidak disangka-sangka. Nak tahu? Kenalah baca!

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 01:48 PM, 11/06/2013.

Book Review: Adam & Hawa – Aisya Sofea

Posted in Book Review with tags , , , , , , on June 11, 2013 by inibukanceritadongeng
Adam & Hawa - Aisya Sofea

Adam & Hawa – Aisya Sofea

Tajuk: Adam & Hawa
Penulis: Aisya Sofea
Penerbit: Alaf21
Genre: Cinta
Bilangan muka surat: 492 muka surat
Cetakan: 2013
ISBN: 983-124-216-5

Sinopsis:
Ain Hawani seorang gadis remaja yang baru menjangkau umur 20 tahun bekerja sebagai seorang guru sandaran di sebuah tadika sementara menunggu keputusan kemasukan ke universiti. Di situ, dia berkenalan dengan seorang jejaka kacak berdarah kacukan bernama Adam Mukhriz. Menurut teman sekerjanya di tadika itu, Am (Adam) merupakan seorang kaki perempuan, suka berfoya-foya, bergembira tanpa batas dan lain-lain lagi. Hal ini disaksikan sendiri oleh Ain di depan matanya ketika Am dengan tanpa rasa malu berpelukan dengan teman wanitanya, Dee. Sepanjang bekerja di sana, Ain hanya menganggap Am sebagai seorang kawan sahaja, tidak lebih dari itu walaupun dia selalu mendapat pelbagai hadiah daripada Am. Sehinggalah satu peristiwa pahit melanda dia dan Am. Semenjak itu, Ain benci sungguh dengan Am. Sampai mati dia akan membenci Am. Ain membawa diri ke kampung. Kebetulan pula dia Berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ain kembali ke Malaysia bukan dengan hanya satu ijazah, tetapi dua! Apakah bakal berlaku dalam hidup Ain selepas itu? Mampukah dia melupakan peristiwa pahit dalam hidupnya itu? Jom, baca!

Komen:
Secara keseluruhannya, empat bintang daripada lima bintang saya berikan kepada buku ini. Walaupun agak Islamik, tapi rasanya sesuai dengan semua lapisan masyarakat. Jalan cerita yang touch-and-go juga membolehkan saya cepat membacanya. Walaupun banyak konflik, tapi konfliknya taklah serumit manapun. Penghakhiran cerita yang gembira dan boleh diagak. Jika, sad ending jadi tak best pula kan?

“Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam,
Bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya,
Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasannya,
Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
Dekat pada lengan untuk dilindunginya
Dan dekat di hati untuk dicintainya.”

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 01:41 PM, 11/06/2013.

Book Review: Hijab Sang Pencinta (Bagaikan Puteri #3) – Ramlee Awang Murshid

Posted in Book Review with tags , , , , , , , on June 4, 2013 by inibukanceritadongeng
Hijab Sang Pencinta - Ramlee Awang Murshid

Hijab Sang Pencinta – Ramlee Awang Murshid

Tajuk: Hijab Sang Pencinta (Bagaikan Puteri #3)
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Penerbit: Alaf21
Genre: Thriller/Fantasi
Bilangan muka surat: 503 muka surat
Cetakan: 2012
ISBN: 978-983-124-385-5

Sinopsis:
Kesinambungan dari pada siri novel ‘Bagaikan Puteri’ dan ‘Cinta Sang Ratu’ diteruskan dengan pengembaraan Laksamanan Sunan, Haryani dan Dani dalam ‘Hijab Sang Pencinta’. Laksamana Sunan yang dalam perjalanan dari Aceh ingin kembali ke Tanah Melayu menghadapi pelbagai dugaan di sepanjang perjalanannya. Antaranya, menghadapi manusia tunggangan kejahatan Taghut, Manggala yang asalnya manusia khunsa yang berasal dari Negara China. Siangnya menjadi laki-laki, malamnya menjadi perempuan. Kejahatan Manggala jauh lebih jahat berbanding Maharani Pulau Utara dulu. Selain itu, dia turut berjumpa dengan Guntur dan Sari, adik-beradik yang mengetuai gerakan Panji Tengkorak yang ingin membalas dendam atas kematian Nyi Burga Kelara dan Beragas (Jin Berantai). Namun, dengan ilmu yang sarat di dada dan tidak pernah meninggi diri, akhirnya dia berjaya kembali ke Kampung Punggor. Sesampai di sana, masalah demi masalah pula muncul. Kehadiran Putri Kober Gandring yang mahu membalas dendam atas kematian Taming Sari dan kemurkaan Sultan Melaka terhadapnya dahulu. Di pertengahan cerita, Laksamana Sunan akhirnya terdampar ke abad ke-21 dan ditakdirkan bertemu dengan Haryani, bagaikan puteri dan Dani, Senggara. Bagaimanakah Laksamana Sunan menyesuaikan diri di era moden ini? Apakah pula cabaran yang menantinya? Sama-sama kita selami!

Komen:
Secara keseluruhannya, lima bintang daripada lima bintang saya berikan kepada buku ini. Kesinambungan daripada novel pertama dan kedua nampak selari. Pembaca juga dibawa bersama-sama mengimbau kembali kenangan pada novel pertama dan kedua dengan berkesan sekali. Nama-nama seperti Djailuh, Sadik, Rita, Nyi Burga Kelara, Beragas, Senggara, Sang Ratu, Maharani dan lain-lain diungkap kembali. Kisah pengembaraan Laksamana Sunan yang penuh debaran ini bersambung ke siri novel keempat iaitu ‘Cinta Sufi’.

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 05:16 AM, 04/06/2013.

Book Review: Takdir Itu Milik Aku – Siti Rosmizah

Posted in Book Review with tags , , , , , , on May 29, 2013 by inibukanceritadongeng
Takdir Itu Milik Aku - Siti Rosmizah

Takdir Itu Milik Aku – Siti Rosmizah

Tajuk: Takdir Itu Milik Aku
Penulis: Siti Rosmizah
Penerbit: SR Publication
Genre: Cinta/Kekeluargaan
Bilangan muka surat: 1055 muka surat
Cetakan: 2013
ISBN: 978-967-5822-08-7

Sinopsis:
Dian Zara seorang gadis malang tinggal di pondok usang bersama-sama dengan ayahnya, Pak Dollah Kutty, neneknya, Nek Wan, ibu saudara merangkap ibu tirinya, Kamsiah dan kakak saudara merangkap kakak tirinya, Adira. Hinaan, cercaan, makian dan sebagainya adalah sebahagian daripada hidupnya. Setiap hari dia menjual kuih dan nasi lemak. Setiap hari juga dia dan ayahnya hanya dibenarkan makan nasi atau keraknasi berlaukkan air garam atau kicap sahaja. Nasibnya bertambah malang apabila niatnya untuk meneruskan pelajaran sehingga ke menara gading dihalang oleh Kamsiah. Malahan dia disuruh menjadi orang gaji di rumah Zarif Adha, pemuda kaya yang perasan diri bagus. Zarif dengan kekayaannya begitu benci dengan Dian. Nasib Dian bertambah malang apabila ayahnya yang kudung meninggal. Semenjak itu, dia hanya punya Nek Wan tempat menumpang kasih. Namun, cahaya bagaikan menerangi kehidupannya apabila Zarif, majikan tempat dia berkerja sebagai orang gaji melamar dirinya. Apa? Lelaki yang begitu membencinya melamar Dian? Biar betul? Ini semua adalah rancangan Zarif dengan ibunya, Datin Munirah. Rancangan apakah itu? Sama-sama kita baca!

Komen:
Secara keseluruhannya, lima bintang daripada lima bintang saya berikan kepada buku ini. Jalan ceritanya yang touch-and-go membuatkan rasa cepat kita mengharungi muka surat demi muka surat buku ini. Dialog hinaan dan makian yang meninggalkan kesan mendalam juga buat kita mengetap bibir membaca. Sepanjang membaca buku ini, jujur saya katakan banyak kali menangis meratapi nasib Dian. Kejam sungguh Kamsiah, Adira, Zarif dan Datin Munirah kepada dirinya. Berikut merupakan beberapa sedutan dialog dari buku “Takdir Ini Milik Aku”.

“Kau jangan ingat aku benci anak kau tu sebabkan dia cacat. Sebelum aku tau dia cacat pun, memang aku benci dengan anak kau tu. Kau tau kenapa aku benci anak kau? Kau bukak lubang telinga kau ni luas-luas dan kau sematkan dalam otak kau ni sampai kau mampus ya!”

“Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku. Kau tau tak, betapa jijiknya setiap kali menyentuh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab itulah aku sanggup usir kau, halau kau macam kucing kurap dari tempat tidur aku. Aku buat kau tak ubah macam perempuan jalang!”

“Macam tulah aku tak ingin tengok muka kawan kau yang bodoh tu. Jijik tau tak, jijik! Nama pun aku haramkan letak kat batu nisan si cacat tu. Hei! Perempuan bodoh, kau dengar sini, aku dah tak nak simpan kau lagi. Mulai hari ni aku…”

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 04:20 AM, 29/05/2013.

Book Review: Bicara Sebuah Diari – Zaifuzaman Ahmad

Posted in Book Review with tags , , , , , , , on May 12, 2013 by inibukanceritadongeng
Bicara Sebuah Diari - Zaifuzaman Ahmad

Bicara Sebuah Diari – Zaifuzaman Ahmad

Tajuk: Bicara Sebuah Diari
Penulis: Zaifuzaman Ahmad
Penerbit: Buku Prima
Genre: Seram/Misteri
Bilangan muka surat: 594 muka surat
Cetakan: 2012
ISBN: 978-967-0342-43-6

Sinopsis:
Noreen seorang penulis skrip mendapat tawaran daripada seorang penerbit drama, Datin Zaleha. Penerbit tersebut meminta Noreen meulis skrip cinta Islamik. Noreen baru selesai dengan penulisan skrip filem ketandusan idea. Di saat-saat akhir dia berjaya menyiapkan sinopsis ringkas untuk dramanya akan datang. Namun, di kala menyiapkan skrip tersebut dia didatangi mimpi pelik. Seorang wanita agak berisi dengan tahi lalat di hujung bibir dan wanita tinggi berwajah kacukan Arab selalu muncul dalam mimpinya. Tempoh untuk dia menyiapkan skrip semakin berjalan namun dia masih ketandusan idea. Suaminya, Azam mencadangkan agar dia menulis di tempat jauh dari kesibukan bandaraya Kuala Lumpur. Maka dengan itu, Noreen dan sahabat baiknya sejak dari sekolah, Fatiha menumpang selama sebulan di vila milik kawan baik Azam, Suhaimi. Pada mulanya, idea datang mencurah-curah ke benak Noreen. Namun, saban malam mimpinya makin teruk. Semakin lama di vila tersebut, semakin banyak rahsia tentang wanita dengan tahi lalat di hujung bibir dan wanita tinggi berwajah kacukan Arab diketahuinya. Dalam hidupnya, dia tidak pernah mengenali kedua-dua wanita itu. Siapakah mereka? Apa pula kaitan dia dengan wanita-wanita tersebut? Bacalah sendiri!

Komen:
Secara keseluruhannya, tiga bintang daripada lima bintang saya berikan kepada buku ini. Pada mulanya, jalan cerita agak lambat. Cerita mula menarik apabila Noreen menumpang di vila Suhaimi. Rahsia tentang wanita berbadan sedikit berisi dengan tahi lalat di hujung bibir dan wanita tinggi berwajah kacukan Arab juga dia berjaya selongkar. Ending cerita memang tak disangka-sangka (walaupun semasa membaca buku ini dah dapat agak). Tapi, tidaklah sangat predictable seperti ending ‘Jangan Sebut Namaku’.

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 04:28 AM, 12/05/2013.

Book Review: Rindu Cintaku (Ombak Rindu 3) – Fauziah Ashari

Posted in Book Review with tags , , , , , , on May 4, 2013 by inibukanceritadongeng
Rindu Cintaku (Ombak RIndu 3) - Fauziah Ashari

Rindu Cintaku (Ombak RIndu 3) – Fauziah Ashari

Tajuk: Rindu Cintaku (Ombak Rindu 3)
Penulis: Fauziah Ashari
Penerbit: Intens Idea International
Genre: Cinta
Bilangan muka surat: 672 muka surat
Cetakan: April 2012
ISBN: 978-983-43450-2-0

Sinopsis:
Izzah yang hilang ingatan kini semakin pulih tapi tidak sepenuhnya. Sekali sekala bayang-bayang gerun Hariz menghantui memorinya yang tidak stabil. Hariz yang cintanya makin mendalam turut membantu mengembalikan memori Izzah. Namun, kebahagiaan mereka semakin tergugat. Kerjaya Hariz di Sufiah Holding semakin terancam dek perangai Hazirah yang tak kenal budi dan kematian suami dan anak. Rumah tangga mereka turut berantakan. Selesai satu masalah, satu masalah lagi timbul. Elin yang ternyata cintakan Hariz disahkan mengandung. Benarkah kandungan itu anak Hariz? Tabahkah Izzah menghadapi kecurangan Hariz? Bagaimana pula kejujuran cinta Hariz terhadap Izzah? Kena baca sendirilah kalau nak tahu.

Komen:
Secara keseluruhannya, tiga bintang daripada lima bintang saya berikan kepada buku ini. Jalan cerita memang kompleks dan penuh dengan konflik. Tetapi, sangat melalut (‘draggy’ kata orang putih). Setiap kejadian diterangkan dengan penuh teliti. Bangunnya watak-watak pada subuh pagi hinggalah tidur ke kamar. Semuanya diterangkan. Secara peribadi, tak payah sebenarnya. Saya guna dua minggu untuk habiskan novel ni. Tambahan kesibukan diri dengan beberapa ‘event’ buat beberapa hari dan jatuh sakit juga.

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 12:30 AM, 04/05/2013.

New Hobby New Passion!!

Posted in This Is My Story with tags , , , , , on March 28, 2013 by inibukanceritadongeng

hello there!!

i found a new hobby recently..

segalanya bermula setelah housemate introduce ‘novel grafik’ (ala2 komik) kepada aku dua minggu lepas..

tajuk: ‘Le Gardenie’

novel grafik ni ada empat buku semuanya.. tak tebal.. standard komik2 biasa..

habis aku baca dalam masa sehari.. sebab jalan cerita yang menarik & banyak konflik terus melekat baca hingga habis!!

lepas habis siri novel grafik tu, mood membaca masih membuak..

lalu aku capai novel ‘silhouette’.. juga tak setebal mana.. dalam 200+ muka surat..

habis juga aku baca dalam masa sehari..

the next day, aku beli ‘amir minah macho’..

now, i realise reading is fun!!! tak sama seronoknya dengan tengok movie dll..

harap2 minat baru ni tak separuh jalan..

sebab MEMBACA JAMBATAN ILMU!!!

Silhouette

Silhouette

Amir Minah Macho

Amir Minah Macho

Rayyan Fantasi

Rayyan Fantasi

Jangan Sebut Namaku

Jangan Sebut Namaku

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 08:01 AM, 28/03/2013.

%d bloggers like this: