Archive for the Pena Minda Category

Pulau Harapan

Posted in Pena Minda with tags , , , , , , on July 15, 2013 by inibukanceritadongeng

Di sebuah pulau nun jauh di tengah lautan digelar Pulau Harapan terletaknya semua jenis perasaan. Ada cinta, pentingkan diri, kekayaan, kesedihan dan banyak lagi.

Pada suatu hari, ditakdirkan pulau itu tenggelam ke dasar laut. Semua perasaan cuba lari menyelamatkan diri ke pulau berhampiran yang lebih selamat. Begitu juga dengan cinta.

Dalam keadaan huru-hara itu, pentingkan diri lalu di hadapan cinta. Cinta pun berkata, “Bolehkah saya menumpang menyelamatkan diri bersama kamu?” Pentingkan diri terus menjawab, “Sampan saya hanya muat untuk diri saya seorang saja. Kalau saya bawa kamu, kemungkinan saya tenggelam ke dasar laut bersama-sama Pulau Harapan.” Pentingkan diri pun terus meninggalkan pulau itu.

Cinta tidak berputus asa lalu dia bertemu dengan kekayaan. Dia memohon pertolongan daripada kekayaan. Kekayaan berkata, “Sampan saya sudah dipenuhi dengan emas, perak, berlian dan harta-harta lain milik saya. Kalau saya bawa kamu sekali di mana saya nak letak harta-harta saya ni?” Khuatir cinta akan mengambil hartanya kekayaan meninggalkan Pulau Harapan dalam sekelip mata.

Cinta letih namun dia tetap gigih mencari bantuan. Sebuah sampan agak kosong dengan penumpang bernama kesedihan lalu di situ. “Sudikah kamu membawa saya lari dari pulau ini ke pulau berhampiran yang lebih selamat?” kata cinta. Kesedihan diam sahaja. Beberapa ketika dia bersuara, “Maaf, saya amat sedih sekarang dan perlukan masa untuk bersendirian.” Kesedihan berlalu dari situ dengan muka muram sekali.

Tidak lama selepas itu, sebuah sampan kecil dengan seorang lelaki tua dan wanita muda lalu di tempat cinta. “Wahai anak muda, marilah dengan saya menaiki sampan tak seberapa ini pindah ke pulau yang lebih selamat.” Tanpa menunggu lama, cinta terus mendapatkan orang tua itu dan mereka bertiga sama-sama berkayuh ke pulau berhampiran.

Setibanya di pulau baru itu, cinta, orang tua dan wanita muda itu membawa hala tuju masing-masing. Mereka langsung tidak sempat untuk berkenalan. Cinta pun bertanya kepada wanita muda itu. “Kamu kenal siapa orang tua yang menumpangkan kita tadi?” Wanita muda itu menjawab, “Dialah masa.”

Di saat-saat akhir, harapan turut tenggelam. Pentingkan diri, kekayaan, kesedihan dan perasaan-perasaan lain tidak kekal lama. Semuanya akan berlalu pergi. Hanya masa yang kekal menyaksikan penantian cinta walaupun penantian itu suatu penyeksaan.

Pulau Harapan

Pulau Harapan

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 09:48 PM, 15/07/2013.

WHOSE EARTH IS THIS?

Posted in Pena Minda with tags , , , , on June 17, 2012 by inibukanceritadongeng

a. i found this meaningful poem when i went to petronas dagangan in kuching few days ago..

b. feeling like sharing this with you all..

c. i don’t know who the author is..

WHOSE EARTH IS THIS?

Whose earth is this anyway?
These rivers of sand so eager to escape my fingers,
When they fall and form the land….
Can I really call this sea of soil mine?

Can the ground that has been a billion years
Belong to someone who will barely see seventy?

If I call this earth mine, why is it that when I go,
I will not take it with me, but instead, it will take me?

Whose earth is this anyway? Who is its ultimate master?
O Lord of the Universe, your earth will never be mine

But give me leave to take from
its whispering rivers, its silent oceans,
Its temperamental sky, its intemperate people, its impalpable energy

And give me the wisdom not just to take but also to give
With integrity, humility and compassion,
My industry and the fruits of its labour.

The energy I receive,
With energy I must return
May others aspire to do the same

May others ask the question
Which has long since answered itself….

Whose earth is this anyway?

whose earth is this?

whose earth is this?

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 06:31 AM, 17/06/2012.

Seksualiti dan Tahap Penderitaan Naluri

Posted in Pena Minda, Semasa with tags , , , , , , , on June 2, 2012 by inibukanceritadongeng

seksualiti dan tahap penderitaan naluri:

a. pertama: straight (normal)
tak payah nak cakap banyaklah.. kita tahu manusia yang normal itu bagaimana..
dari segi naluri, mereka ini tidak menghadapi apa-apa masalah.. mereka mampu mengikut fitrah manusia..
naluri mereka tidak menderita.. tidak payah nak fikir mengenai soal perkahwinan sebab kalau mereka jatuh hati dengan seseorang, sudah semestinya orang itu halal untuk dikahwini..
dari segi hubungan antara manusia pun mereka tidak ada masalah.. mereka dengan mudah boleh memberitahu siapakah couple mereka..
kat public pun kalau nak manja-manja orang yang melihat tidak kisah sangat (tapi kalau terlebih manja tu lain ceritalah)..
in short, tidak ada diskriminasi…

b. kedua: biseksual (separuh abnormal)
kita tahu mereka yang biseksual adalah orang yang suka dengan perempuan atau/dan lelaki..
dari segi penderitaan naluri, golongan inilah yang paling tidak bermasalah bagi kategori abnormal..
mereka mampu untuk menyatakan cinta kepada mereka yang opposite sex..
dari segi soal perkahwinan, tidak bermasalah sebab mereka mampu untuk memberikan nafkah batin kepada si suami or si isteri.. kerana mereka dilabelkan sebagai separuh abnormal..
mereka ini tidak ada masalah kalau nak cover pasal naluri mereka.. still boleh bawa pasangan mereka bersiar-siar ke tempat public..
nak bermanja-manja pun boleh juga.. (selagi pasangan mereka itu yang opposite sex lah)

c. ketiga: homoseksual – perangai straight (abnormal)
homoseksual tu banyak jenis.. namun untuk kategori mereka yang berpewatakan seperti normal masalah mereka kurang sedikit..
namun dari segi naluri, mereka still terseksa.. kenapa mereka kurang sedikit masalah??
sebab mereka kurang didiskriminasi oleh golongan yang normal mahupun golongan yang abnormal..
mereka ni senang nak cover hal naluri mereka.. orang normal yang lain still boleh bergaul dengan mereka tanpa ada sedikit diskriminasi.. (selagi orang tidak tahu akan naluri songsang mereka lh)
mereka ini senang nak cari pasangan juga sebab kebanyakan golongan abnormal suka akan mereka yang berpewatakan seperti normal..

d. keempat: homoseksual – perangai separuh straight (abnormal)
dalam kategori ini, satu contoh: lelaki yang tidak berpakaian seperti wanita namun dari segi tingkah laku ada sedikit sikap kewanitaan.. atau perempuan yang tidak berpakaian seperti lelaki namun dari segi tingkah laku ada sedikit sikap kelelakian..
tahap penderitaan mereka ini bergantung kepada orang di sekitar mereka.. ada orang yang still boleh terima namun ada juga yang tidak..
kalau nak berkawan dengan sesiapa bagi aku mereka tidaklah mengalami masalah.. still boleh involve dengan mana-mana golongan manusia..
namun dari segi hubungan, peluang mereka agak kurang sedikitlah sebab kebanyakan gologan abnormal yang lain suka kepada mereka yang berpewatakan completely macam normal..

e. kelima: homoseksual – perangai tidak straigth langsung (abnormal)
faham apa yang dimaksudkan dalam kategori ini? senang cakap mereka ini contoh seperti pondan, mak nyah ataupun pengkid..
honestly, dalam semua kategori, naluri mereka ini paling terseksa..
contohnya, seorang mak nyah.. mereka tidak merasakan yang mereka sebenarnya adalah lelaki.. naluri mereka memang perempuan..
dengan kata lain, dari segi rohani adalah perempuan namun zahirnya adalah lelaki..
penyeksaan naluri yang paling merana.. terperangkap ditubuh yang tidak diinginkan.. ditambah lagi diskriminasi oleh masyarakat terhadap mereka..
golongan normal membenci mereka malah ada juga golongan abnormal yang tidak suka dengan mereka.. mereka susah nak bergaul dengan masyarkat kerana sukar mereka untuk diterima..
disebabkan ini, merekalah paling terseksa di antara semua orang.. penyeksaan naluri yang teramat sangat..

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 05:56 AM, 02/06/2012.

Rumah Panjai

Posted in Pena Minda, This Is My Story with tags , , , , on May 22, 2012 by inibukanceritadongeng

a. RUMAH PANJAI.

b. RUMAH PANJAI. walaupun tak ada bekalan elektrik, tak ada tv untuk jadi tontonan setiap hari, tak ada kipas mahupun ‘air-cond’ untuk sejukkan hari2 panas, tak ada lampu untuk terangi malam2 gelap; I’M PROUD OF IT.

c. RUMAH PANJAI. walaupun tak ada bekalan air bersih untuk bersihkan diri, untuk masak memasak, untuk dijadikan air minuman, untuk cuci pakaian, untuk mengairi kebun dan haiwan ternakan; I’M PROUD OF IT.

d. RUMAH PANJAI. walaupun tak ada ‘wi-fi’ mahupun ‘line’ perkhidmatan telefon yang sempurna untuk berhubung dengan saudara mara, untuk bertanya khabar dengan sahabat handai; I’M PROUD OF IT.

e. RUMAH PANJAI. cerita orang2 tua menemani hari2 kami, tiupan sang angin sejukkan kami, sinar pelita terangi malam kami. TAK MUDAH MEMINTA-MINTA.

f. RUMAH PANJAI. simpanan air hujan jadi makan minum kami. air sungai mengalir tempat kami mandi manda. TAK MUDAH MEMINTA-MINTA.

g. RUMAH PANJAI. gawai satukan kami. sahabat handai, dekat dan jauh kembali ke kampung. bertanya khabar dan bertukar-tukar cerita. TAK MUDAH MEMINTA-MINTA.

h. RUMAH PANJAI. walaupun di seberang sana kampung lampunya terang, air paip mengalir deras dan kalau untung siap ada ‘wi-fi’. nenek moyang ku berkurun-kurun lamanya mampu ‘survive’ walaupun penuh dengan kedaifan.

i. RUMAH PANJAI. walaupun kampung di seberang sana jauh lebih maju, kami di seberang sini masih mundur. tapi, kami masih boleh ‘survive’ hingga ke hari ini.

my rumah panjai back in bintangor

my rumah panjai back in bintangor

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 09:41 PM, 22/05/2012.

So Typical Malaysian

Posted in Pena Minda, Semasa with tags , , , , , , , on May 1, 2012 by inibukanceritadongeng

semua ambil kisah pemimpin yang tak korup
semua ambil kisah pemimpin yang tak adil
tapi, tiada yang kisah bumi yang semakin uzur

semua ambil kisah pemimpin beli cincin 24 juta
semua ambil kisah pemimpin salah tafsir hukum agama
tapi, tiada yang kisah bumi yang semakin uzur

semua ambil kisah sistem pemerintahan seratus peratus demokrasi
semua ambil kisah sistem pengundian seratus peratus telus
tapi, tiada yang kisah bumi yang semakin uzur

semua ambil kisah parti yang tak tipu rakyat
semua ambil kisah parti yang mejunjung agama
tapi, tiada yang kisah bumi yang semakin uzur

betul kata tun m, “melayu mudah lupa”
sekarang patutnya “malaysia mudah lupa”
betul kata tun m, “perjuangan belum selesai”
sekarang patutnya “perjuanganku sia-sia”

tak semua begini
tapi inilah “so typical malaysian”

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 10:23 PM, 01/05/2012.

Sengal

Posted in Pena Minda with tags , , , , , on January 3, 2012 by inibukanceritadongeng

Sengal
Lalu aku melukis,
Suatu pemandangan indah,
Aku gapai pensel,
Terlepas dari tangan,
“Bodoh!”
Pensel tak bernyawa,
Siapa yang bodoh sekarang?

Aku balik ke rumah,
Dari kuliah pagi ke petang,
Letih, penat,
Terkejut,
Seorang teman keluar entah dari mana,
“Gila babi!”
Kalau betul babi muncul,
Tak terkedu engkau.

Beli baju baru,
Esoknya pakai jalan-jalan,
Kawan tegur “Eh, buruknya baju kau.”
“Sial!”
Betul-betul ditimpa sial,
Menangis engkau.

Bodohlah,
Gila babilah,
Siallah,
Apa-apalah sesuka hati engkau,
Lantak engkau.

Ingat karma,
Bak kata Mat Salleh, “What you give, you get back.”

Sengal. -_-‘

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 04:58 AM, 03/01/2012.

Ingat Lagi Tak

Posted in Pena Minda with tags , , , , on August 12, 2011 by inibukanceritadongeng

Ingat lagi tak
dulu
lima pagi dah bangun
mandi, berpakaian seragam
sarapan, berkasut
kemas, segak.

Ingat lagi tak
pakai topi keledar
naik motosikal, dua penumpang
embun pagi membasahi pipi.

Ingat tak lagi
sampai di sekolah
pengawas sedia bertugas
menahan rambut panjang
baju tak kemas
“hey, mana name tag?”

Ingat tak lagi
sampai di kelas
ada tiru kerja rumah
ada bergurau senda
tak kurang juga “eh, kamu tengok tak cerita tu semalam?”

Ingat lagi tak
cikgu bawa buku
pegang rotan
melangkah masuk
“selamat pagi, cikgu!”

Ingat lagi tak
masa rehat
makan dengan kawan-kawan
ada ke library
bercerita
tak kurang juga menelaah.

Ingat tak lagi
loceng terakhir berdering
kkrrriiinnngggggg!!!
tamat waktu sekolah
menyapu, memadam, menyusun, mengemas.

Ingat tak lagi
sebelum balik rumah
lepak depan pagar sekolah
berjalan, sampai rumah, mandi, makan tengah hari
petangnya tidur, TV, main
kerja rumah, malam baru buat.

Psstt
ingat lagi tak
pengalaman berbeza
tempat berlainan
memori tak sama
tapi rutin tak jauh serupa.

Hahaha
aku rindu waktu itu
aku ingat detik itu
aku ingin kembali ke masa itu.

Happy-go-lucky
usah fikir apa-apa
peduli orang kata apa
tak kisah masalah dunia!

zaman sekolah

zaman sekolah

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 03:30 AM, 12/08/2011.

%d bloggers like this: