Archive for the Ctrl+A Ctrl+C Ctrl+V Edit Post Category

Bekas Axion

Posted in Ctrl+A Ctrl+C Ctrl+V Edit Post with tags , , on May 15, 2013 by inibukanceritadongeng

another sad story! 😥

Kisah Sedih Dan Pilu Di Kantin Sekolah….

Begini kisahnya..waktu rehat di sekolah anak saya akan makan bekal yang dibawa dari rumah, makan bersama-sama kawannya Amira (bukan nama sebenar) di kantin sekolah. Anak saya selalunya akan bawa nasi goreng dan Amira selalunya bawak roti kosong 2 keping yang dibungkus dalam plastik. Roti itu dia akan cicah dengan air sirap yang dia bawa dari rumah.

Itulah rutin bekalan harian yang di bawa oleh Amira setiap hari. Anak saya pun selalunya memang bawa nasi goreng ler coz itu memang peberet dia.. Amira memang suka sangat makan nasi goreng tu dan anak saya tak kisah untuk berkongsi nasi tu..dia memang hari-hari bagi Amira makan nasi goreng tu..Mungkin Amira dah jemu agaknya coz hari2 bawak roti kosong jer cicah air sirap…

Suatu hari..anak saya bersuara kepada Amira..Mira..aku teringin nak makan nasi goreng ko..ko asyik bawak roti jer..apa kata esok kita bawak nasi goreng sama-sama nak.. Nanti kita makan tukar-tukar kat kantin..

Amira termenung..nampak muka dia macam tak sedap.. Alahh..tak nak lah..nasi goreng aku tak sedap lah..ko mesti tak nak makan nanti..Alahhh..ko bawak jer..ko belum bawak, ko dah kata nasi goreng ko tak sedap..ko bawak je lah..mesti sedap punya..

Ok lah..ko punya pasal..esok aku bawak ya..aku bawak nasi goreng special utk ko..Yeeaaahhh..anak saya suka sangat coz Amira setuju nak bawak nasi goreng esok..

Sampai di rumah..malam hari sebelum tidor..Amira cakap kat mak dia yang esok dia nak bawak bekal nasi goreng..dia tak mahu bawak roti kosong 2 keping tu.. Makkk..boleh tak esok Mira nak bawak bekal nasi goreng..?? Mak Mira terkejut..apa sayang..?? Esok Mira nak bawak nasi goreng..? Kenapa? Esok Mira ada jamuan ker..??

Nasi goreng apa yang mak nak buat? Tak ada rencah untuk mak buat nasi goreng esok..Mira bawak roti je lah..Alahh..mak..boleh lah..tak payah bubuh rencah pun tak apa..mak taruk telur je pun dah ok..

Ya lah..baik lah..esok mak buat nasi goreng untuk Mira ya..telur pun tinggal sebijik jer tau..dah malam-malam buta ni mana nak carik telur..bawang pun dah habis tu..tak per lah..mana yang ada je lah..

Keesokkannya dalam dalam kelas..anak saya tanya Mira..Mira ko bawak nasik goreng tak..? Aku bawak ni..Mira senyum..

Ko bawak tak Mira..? Bawak ler…aku bawak..kan semalam dah janji..

Ok..cayalah..tak sabar nak makan nasi goreng ko Mira oiii..

Kul 10.00 pagi loceng rehat bunyi..mereka berdua berlari ke kantin..nak tukar-tukar nasi goreng..
Sampai di kantin..Mira ko nak air tak? Hari ni aku belanja ko air..ko nak air apa? Aku belikan..

Alah..tak kisah..air apa-apa pun tak apa..aku minum jer..

Alahhh..Mira..kenapa ko tak buka bekal lagi ni..ko duk diam jer kat situ apasal? ya lah..aku tunggu ko datang bawak air ler..kita buka bekal sama-sama..

ooo..ya ker..jom jom kita buka bekal..

Amira pun keluarkan ‘bekas’ nasi goreng dia dari dalam beg plastik..Mata anak saya tidak berkelip..

Amira mana nasi goreng ko? Ko bawa apa ni..? Ni lah nasi goreng aku..ko buka je lah..

Tuan/Puan nak tau..? Nasi Goreng tu diletakkan dalam bekas sabun Axion pencuci pinggan cap Lemon..warna kuning bekas tu..

Amira..kenapa ko letak nasi goreng dalam bekas Axion ni..? Mak ko tak marah ker..? Tak rasa sabun ke nanti..?

Tak lah..mak yang bubuh dalam bekas tu..kat rumah aku mana ada tupperware macam ko..memang kami pakai balik bekas sabun tu…standard lah..kami memang dah biasa macam ni..

Air mata anak saya mula bergenang..tunggu masa untuk tumpah..

Mira..kenapa ko tak cakap yang ko tak der bekas untuk bawak nasi ni..aku boleh bagi ko bekas..kenapa ko tak cerita dengan aku Mira..ko ni kan..

Mira tunduk..tolong jangan nangis boleh tak..? Semalam ko yang cakap ko nak makan sangat nasi goreng aku kan? Sekarang aku dah bawak apasal ko nangis plak..?? Makan je lah..

Mira..aku rasa bersalah sangat coz menyusahkan ko..tak pe lah Mira jom kita makan..ko makan nasik goreng aku ya..aku nak rasa nasi goreng ko..

Ehhh..tak per..tak per..ko makan jer nasik goreng ko..nasi goreng aku tak sedap..bubuh dalam bekas sabun plak tu..

Mira..jgn ckp mcm tu..bak sini aku rasa nasi goreng ko..ya..lah..rasa sesudu jer..kompom tak sedap tu..

Anak saya pun makan rasa sesudu..memang betul pun..tak sedap..nasi goreng Amira putih meleset..tak der rencah..tak der rasa pun..tawar jer..tapi anak saya tak kisah..dia tak komplen pun..

Cuma masa Mira suap nasi goreng tu..air mata dia plak berlinang..anak saya tanya knp ko nangis..dia cakap tak ada aper..tak per lah..kita makan je lah..

Semasa anak saya cerita kisah ini kepada saya..saya menangis..tapi saya tidak menagis semasa itu..saya tidak mahu menangis di depan anak saya..Saya kuatkan semangat untuk mendengar cerita dia sampai habis..

Selesai anak saya bercerita..saya cakap kat anak saya..esok bawak bekas tupperware kat dapur tu..bagi kat Amira ya..cakap kat Amira bekas ni hadiah dari keluarga kita..

Then saya bangun terus keluar tengok-tengok kereta..sebenarnya bukan saya tengok kereta..saya menangis semahunya kat tepi keta tu..tak sangka sangat..di zaman moden ni..masih ada lagi anak-anak kita yang hidup menderita..sedih dan sayu hati ni..

Kepada orang kaya di luar sana..ingatlah..dalam kemewahan yang kamu kecapi sekarang ni..ada saudara kita yang hidup dalam keadaan memilukan..

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 08:41 AM, 15/05/2013.

Kisah Budak Jual Kuih

Posted in Ctrl+A Ctrl+C Ctrl+V Edit Post with tags on May 15, 2013 by inibukanceritadongeng

found this touching story in facebook! 😥

Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

“Abang nak beli kuih?” katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik… Abang dah pesan makanan,” jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

“Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?” katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

“Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni,” kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, “Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?”

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

“Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang.” katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

“Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu,” Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

“Kenapa bang nak beli kuih ke?” tanyanya.

“Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!” Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

“Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!” katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

“Abang nak beli semua ke?” Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

“RM25 saja bang.”

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 08:38 AM, 15/05/2013.

Hohoho!!!

Posted in Ctrl+A Ctrl+C Ctrl+V Edit Post, Semasa with tags , , , on January 2, 2012 by inibukanceritadongeng

# as usual.. i was facebooking and i found out this interesting article..

# thanks to mer for sharing this on her facebook..

# enjoy reading this peeps!!

MIND MATTER by RAJA ZARITH IDRIS (Sultanah of Johore)

(The writer is Royal Fellow, School of Language Studies and Linguistics, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), and holds a BA (Honours) degree in Chinese Studies, University of Oxford. The writer is also the current Sultanah of Johore)

If Christmas is the celebration of the birth of Isa (Jesus), a prophet respected and revered in Islam, is it so wrong to wish a blessed day for those who celebrate it?

DURING the days before Christmas last year, I wished my friends who were celebrating it “Merry Christmas” in much the same way they would wish me “Selamat Hari Raya” or “Happy Eid”.

I find it rather sad that such a simple greeting – one which I grew up with and which I have never regarded as something that would compromise or de-value my own faith – is now regarded as something so religiously incorrect for us Malaysian Muslims.

When I was at boarding school in England , I had to go to church every Sunday because it was part of the rules. My father advised me to consider it as part of my “education” and he had no doubt that the experience would strengthen rather than weaken my own faith.

I was able to see the similarities and differences between Christianity and Islam. I learned more than the average Malaysian Muslim would about Christianity. I learnt that just as we Muslims categorise ourselves according to the four different schools of thoughts of the four Imams (Imam Malik, Imam Al Shafi, Imam Abu Hanifa and Imam Ahmad Abn Hambal) and are either Sunnis or Shias, so Christians too are divided into different sects or churches.

Going to church did not make me less of a Muslim when I was a young girl, and neither does saying “Merry Christmas” make me less of a Muslim now. My faith has not been shaken just because I wished some friends a time of joy with their families. Neither will I suddenly suffer from amnesia and forget what my religion is.

What I do not wish to forget, however, is that there are good, kind people who are not of the same faith as me.

As Harun Yahya, the Turkish writer (he was selected last year as one of the 500 most influential Muslims in the world by the Royal Isla mic Strategic Studies Centre of Jordan ) noted:

“Islam is a religion of peace, love and tolerance”.

Today, however, some circles have been presenting a false image of Islam, as if there were conflict between Islam and the adherents of the two other monotheistic religions. Yet Islam’s view of Jews and Christians, who are named `the People of the Book’ in the Quran, is very friendly and tolerant.

“This attitude towards the People of the Book developed during the years of the birth of Islam. At that time, Muslims were a minority, struggling to protect their faith and suffering oppression and torture from the pagans of the city of Mecca . Due to this persecution, some Muslims decided to flee Mecca and shelter in a safe country with a just ruler. The Prophet Muhammad told them to take refuge with King Negus, the Christian king of Ethiopia . The Muslims who followed this advice found a very fair administration that embraced them with love and respect when they went to Ethiopia . King Negus refused the demands of the pagan messengers who asked him to surrender the Muslims to them, and announced that Muslims could live freely in his country.

“Such attitudes of Christian people that are based on the concepts of compassion, mercy, modesty and justice, constitute a fact that God has pointed out in the Quran.”

I do not wish to be a self-centred Muslim who expects friends of other faiths to wish me Selamat Hari Raya or, for those who are not Malaysians and therefore do not know about Hari Raya, a Happy Eid and yet do not return their goodwill when it is Christmas, Chinese New Year, Deepavali or Vesak Day.

Every year, friends who are Christians, Buddhists, Hindus, Sikhs or those without any faith come to our home to celebrate Hari Raya with us. They do so with sincerity and as a mark of respect for one of the most important days in the Muslim calendar. Why should we not reciprocate their kindness, show them the same mark of respect for their religion and wish them the same joy on their holy days of celebration?

An Isla mic scholar and lecturer also reminded me that as Muslims we must remember the importance of both the five Pillars of Islam and in the six Pillars of Iman (Faith), which are:

Belief in Allah;

Belief in the angels;

Belief in the revealed Books (which include the Bible, the Torah and the Holy Quran);

Belief in the Prophets (May Peace be Upon Them);

Belief in the Resurrection and the events of Kiamah, the Day of Judgement; and

Belief in the predestination (Qada’ and Qadar) by Allah in all things.

The prophets include not just Muhammad (May Peace Be Upon Him) as the last prophet and as the Messenger of Islam, but also in the 24 earlier ones who are mentioned in both the Bible and the Quran. Four of them are Ibrahim (Abraham), Musa (Moses), Daud (David), and Isa (Jesus).

So, if Christmas is the celebration of the birth of Isa (Jesus), a prophet respected and revered in Islam, is it so wrong to wish a blessed day for those who celebrate it?

We are now in the second decade of the 21st century. Surely, we should, now more than ever, be far more enlightened at a time when information of any sort and of all kinds are so readily available to us.

What is most important is that we regard one another as fellow citizens and treat each other with respect, regardless of our race or religion.

# may our country be blessed with more peace and harmony this new year!!

source: http://rowlandgomes.com/is-it-so-wrong-to-wish-merry-christmas-sultanah-of-johore-shocking-news/

Raja Zarith Idris of Johore

Raja Zarith Idris of Johore

merry CHRISTmas

merry CHRISTmas

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 08:43 PM, 02/01/2012.

Ciri-Ciri Kualiti Menjadi Pemimpin Yang Baik: Tun Dr. Mahathir Mohamad

Posted in Ctrl+A Ctrl+C Ctrl+V Edit Post, Semasa with tags , , , , on January 2, 2012 by inibukanceritadongeng

# found this interesting article on LEADERSHIP while i was facebooking..

# and for your information, Tun Dr Mahathir is my favourite leader of all.. hehe!!

# here are the things that i would like you all to read too:

Tun Dr. Mahathir menggariskan tujuh kualiti untuk menjadi pemimpin yang baik, iaitu;
1. Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya merendah diri tapi sekurang2nya tidak bercakap besar.
2. Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin.
3. Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri serta tidak harus menuding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.
4. Beliau harus bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.
5. Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan serta perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.
6. Beliau patut bersedia melakukan apa yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan serta mendukung slogan kepemimpinan melalui teladan.
7. Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang2nya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya.

# source: http://panjangakal.com/blog/2008/01/20/ciri-ciri-kualiti-menjadi-pemimpin-yang-baik-tun-dr-mahathir-mohamad.html#.TubaCrksN6Y.facebook

Mahathir

Mahathir

Tun

Tun

A Doctor In The House - would like to have my own copy soon!!

A Doctor In The House - would like to have my own copy soon!!

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 04:55 AM, 02/01/2012.

Biar Jiwa

Posted in Ctrl+A Ctrl+C Ctrl+V Edit Post with tags , on August 16, 2011 by inibukanceritadongeng

# just sharing a product of my favourite local poet, fynn jamal..

FYNN JAMAL

FYNN JAMAL

# this one entitled ‘biar jiwa’..

# here’s the poem:

kau bikinku gigit bibir sendiri
lamakah lagi kita sepi?
kau bikinku renung sinar mentari
lamakah lagi kita begini?

alangkan bulan terang
hilang nyawa tanpa bintang
apalagi aku

alangkan bunga kembang
pudar warna tanpa siang
bayangkan aku

berkaliku mintakan dari dulu
usah kau tunggu ucap itu
berkaliku bisikkan pada kamu
usah kau buntu aku milikmu

alangkan bulan terang
hilang nyawa tanpa bintang
apalagi aku

alangkan bunga kembang
pudar warna tanpa siang
bayangkan aku

perlukah aku menyebut setiapnya
yang indahku tidak akan ada makna
bila kau sembunyi dan bermain lari-lari
separuh aku sudah pun mati

tak mampukah kau percaya
haruskah ku hebahkannya pada dengki dunia?
tidak bisakah kita sekadar pejam mata
biar jiwa bersuara

biar
biar
biar jiwa
bersuara

# and here’s the music video.. enjoy!!

# credits to fynn jamal: http://fynnjamal.blogspot.com/

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 05:50 AM, 16/08/2011.

PAPA, AYAH, ABAH, BAPA, FATHER, DADDY

Posted in Ctrl+A Ctrl+C Ctrl+V Edit Post with tags , , , , , on August 16, 2011 by inibukanceritadongeng

# can’t recall where i got this but it’s inspiring and kinda sad…

# i know it’s not father’s day but like to share this~ enjoy!! (:

Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja di perantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri, yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya. Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya. Lalu bagaimana dengan AYAH?

Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?

Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibulah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahawa sekembalinya ayah dari bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?

Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil ayah biasanya mengajar puteri kecilnya naik basikal dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu. Kemudian ibu bilang, “Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya.” itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka.

Tapi sedarkah dikau? Bahawa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu dan menjagamu mengayuh basikal dengan gembira kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.

Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba. Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas, “Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang” Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.

Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khuatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata, “Sudah di beritahu! Kamu jangan minum air sejuk!” .Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut. Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu.

Ketika kamu sudah beranjak muda remaja. Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: “Tidak boleh!” Tahukah kamu, bahawa ayah melakukan itu untuk menjagamu? Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat-sangat luar biasa berharga. Setelah itu kamu marah pada ayah dan masuk ke bilik sambil menghempas pintu.

Dan yang datang mengetuk pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah. Tahukah kamu, bahawa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, bahawa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?

Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu, ayah akan memasang wajah paling cool sedunia. Ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbual berdua di ruang tamu. Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?

Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya. Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatir dan bimbang dan setelah perasaan khuatir itu berlarut-larut ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu. Sedarkah kamu, bahawa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? “Bahawa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya”

Setelah lulus SPM, ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang doktor atau engineer. Ketahuilah, bahawa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata-mata hanya kerana memikirkan masa depanmu nanti. Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.

Ketika kamu menjadi gadis dewasa dan kamu harus pergi kuliah di kota lain. Ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahawa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini dan itu dan menyuruhmu untuk berhati-hati. Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat. Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata “Jaga dirimu baik-baik ya sayang”. Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT. Kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.

Di saat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain. Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan.

Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah, “Tidak. Tidak boleh!” Padahal dalam batin ayah dia sangat ingin mengatakan “Ya sayang, nanti ayah belikan untukmu”.Tahukah kamu bahawa pada saat itu ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?

Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu. Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat “puteri kecilnya yang tidak manja berhasil tumbuh dewasa dan telah menjadi seseorang” Sampai saat seorang teman lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya. Ayah akan sangat berhati-hati memberikan izin kerana ayah tahu bahawa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.

Dan akhirnya,

Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelamin bersama seseorang lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, ayah pun tersenyum bahagia. Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi ke belakang pentas pelamin sebentar dan menangis? Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia, kemudian ayah berdoa. Dalam lirih doanya kepada Tuhan, ayah berkata, “Ya, Allah tugasku telah selesai dengan baik. Puteri kecilku yang lucu dan ku cintai telah menjadi wanita solehah yang cantik. Bahagiakanlah dia bersama suaminya. Rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah”

Setelah itu, ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk. Dengan rambut yang telah dan semakin memutih dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya, ayah telah menyelesaikan tugasnya. Papa, Ayah, Bapak atau Abah kita adalah seseorang yang harus selalu nampak kuat. Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis. Dia harus nampak tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu dan dia adalah orang pertama yang selalu yakin bahawa “KAMU MAMPU” dalam segala hal.

unconditional love

unconditional love

how do you call yours?

how do you call yours?

our dad, our hero

our dad, our hero

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 02:10 AM, 16/08/2011.

Be Thankful

Posted in Ctrl+A Ctrl+C Ctrl+V Edit Post with tags , , , , , on August 14, 2011 by inibukanceritadongeng

Be thankful.

We have abundant of foods
They don’t have any

We have house to live in
They live on the street

We have degree to be proud of
They only know ‘ABC’

We drink Cola out of a can
They wait for the ‘Rain God’

We walk on Gucci heels
They walk on bare feet

They do a high spirit to live
Do we still have it?

Be thankful.

# credits to vanessa: http://mynameisvenessa.blogspot.com/

be thankful of what you got

be thankful of what you got

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 11:56 PM, 14/08/2011.

%d bloggers like this: