Book Review: Sehangat Asmara – Aisya Sofea

Sehangat Asmara - Aisya Sofea

Sehangat Asmara – Aisya Sofea

Tajuk: Sehangat Asmara
Penulis: Aisya Sofea
Penerbit: Alaf21
Genre: Cinta/Urban
Bilangan muka surat: 548 muka surat
Cetakan: 2013
ISBN: 983-124-120-7

Sinopsis:
Kamilia Najwa Tan Sri Ahmad Sharifuddin, seorang anak gadis businessman terkenal dan berjaya. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda di sebuah universiti di England. Dia tinggal di sebuah apartmen dengan kawan baiknya, Mimie. Selain melanjutkan pelajaran, mereka kerap kali bersuka ria di bar, pub dan kelab malam di sana. Dia ditemukan dengan Zainal Arief, seorang lelaki Melayu yang berasal dari Malaysia juga. Melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di peringkat ijazah, Zainal bukanlah pilihan dan taste Kay. Zainal sentiasa cuba menghadirikan diri dalam hidup Kay dengan harapan untuk mengubah cara hidup Kay yang jauh menyimpang dari cara hidup orang Timur itu. Namun segala usaha Zainal mendapat tentangan dari Kay. Sehinggalah pada suatu hari, Kay mengetahui Mimie membawa lelaki ke biliknya dan lebih dari itu melakukan maksiat di belakang Kay. Kay rasa hilang tempat bergantung dan kepercayaan terhadap Mimie. Di waktu inilah Zainal muncul memberi kekuatan dan nasihat buat dirinya. Lama kelamaan mereka jatuh cinta dengan satu sama lain lalu mengambil keputusan untuk berkahwin walaupun tanpa restu orang tua. Tiga bulan berkahwin, Zainal terpaksa meninggalkan Kay untuk kembali ke tanah air atas urusan peribadi yang mustahak. Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Namun, Zainal tidak kembali seperti yang dijanjikan. Tambahan pula Kay kini disahkan mengandungkan anak mereka. Apakah yang terjadi kepada Zainal? Bagaimana pula nasib menimpa diri Kay?

Komen:
Secara keseluruhannya, lima bintang daripada lima bintang saya berikan kepada buku ini. Walaupun ditulis oleh pengarang yang sama seperti novel Adam & Hawa, secara peribadinya Sehangat Asmara lebih memilukan. Mana tidaknya. Kemunculan watak Misya, seorang kanak-kanak berumur sembilan tahun yang sungguh naïf sungguh mencuit hati dan menyentuh perasaan. Yang lebih menyentuh hati adalah endingnya yang tidak disangka-sangka. Dua tindakan Zainal yang sungguh tidak disangka-sangka. Nak tahu? Kenalah baca!

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 01:48 PM, 11/06/2013.

One Response to “Book Review: Sehangat Asmara – Aisya Sofea”

  1. Sinopsis dan jalan cerita dalam novel, mengisahkan Kamilia Najwa atau Kay yang melanjutkan pelajaran di London, bertemu dengan Zainal Arief. Kay seorang gadis yang agak sosial, Zainal telah jatuh cinta dengan Kay dan mahu merubah hidup Kay yang hanya hanyut dalam dunia sosialnya. Mereka berkahwin di luar negara tetapi perkahwinan mereka tak direstui oleh keluarga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: