Book Review: Hijab Sang Pencinta (Bagaikan Puteri #3) – Ramlee Awang Murshid

Hijab Sang Pencinta - Ramlee Awang Murshid

Hijab Sang Pencinta – Ramlee Awang Murshid

Tajuk: Hijab Sang Pencinta (Bagaikan Puteri #3)
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Penerbit: Alaf21
Genre: Thriller/Fantasi
Bilangan muka surat: 503 muka surat
Cetakan: 2012
ISBN: 978-983-124-385-5

Sinopsis:
Kesinambungan dari pada siri novel ‘Bagaikan Puteri’ dan ‘Cinta Sang Ratu’ diteruskan dengan pengembaraan Laksamanan Sunan, Haryani dan Dani dalam ‘Hijab Sang Pencinta’. Laksamana Sunan yang dalam perjalanan dari Aceh ingin kembali ke Tanah Melayu menghadapi pelbagai dugaan di sepanjang perjalanannya. Antaranya, menghadapi manusia tunggangan kejahatan Taghut, Manggala yang asalnya manusia khunsa yang berasal dari Negara China. Siangnya menjadi laki-laki, malamnya menjadi perempuan. Kejahatan Manggala jauh lebih jahat berbanding Maharani Pulau Utara dulu. Selain itu, dia turut berjumpa dengan Guntur dan Sari, adik-beradik yang mengetuai gerakan Panji Tengkorak yang ingin membalas dendam atas kematian Nyi Burga Kelara dan Beragas (Jin Berantai). Namun, dengan ilmu yang sarat di dada dan tidak pernah meninggi diri, akhirnya dia berjaya kembali ke Kampung Punggor. Sesampai di sana, masalah demi masalah pula muncul. Kehadiran Putri Kober Gandring yang mahu membalas dendam atas kematian Taming Sari dan kemurkaan Sultan Melaka terhadapnya dahulu. Di pertengahan cerita, Laksamana Sunan akhirnya terdampar ke abad ke-21 dan ditakdirkan bertemu dengan Haryani, bagaikan puteri dan Dani, Senggara. Bagaimanakah Laksamana Sunan menyesuaikan diri di era moden ini? Apakah pula cabaran yang menantinya? Sama-sama kita selami!

Komen:
Secara keseluruhannya, lima bintang daripada lima bintang saya berikan kepada buku ini. Kesinambungan daripada novel pertama dan kedua nampak selari. Pembaca juga dibawa bersama-sama mengimbau kembali kenangan pada novel pertama dan kedua dengan berkesan sekali. Nama-nama seperti Djailuh, Sadik, Rita, Nyi Burga Kelara, Beragas, Senggara, Sang Ratu, Maharani dan lain-lain diungkap kembali. Kisah pengembaraan Laksamana Sunan yang penuh debaran ini bersambung ke siri novel keempat iaitu ‘Cinta Sufi’.

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 05:16 AM, 04/06/2013.

5 Responses to “Book Review: Hijab Sang Pencinta (Bagaikan Puteri #3) – Ramlee Awang Murshid”

  1. Itulah pendapat serta penelitian yang saya buat terhadap novel ini. Kesantunan sangat penting dalam kehidupan kita agar kita sentiasa sejahtera dan diredhai oleh Tuhan.

  2. kalau boleh semua bintang kat langit nak bagi. cerita sangat superb ! falling in love dengan watak laksamana sunan. RAM memang sangat hebat. plot sangat cantik. penuh debaran membuatkan aku tertanya-tanya. but, bahasa sangat tinggi. kekadang ada yang aku tak berapa faham. yelah. masa tu baca pun time form 2 kut. baru berjinak-jinak dengan karya RAM.

    • “kalau boleh semua bintang kat langit nak bagi.” <– sgt suka statement tu.. hahaha~ sy baru b'jinak2 dgn dunia buku ni.. umur pun dah… hahaha! siyes setiap kali ba buku RAM, xpenah rasa bosan.. ^_^v

  3. Setuju sangat,,bleh la tu,,kalau novel Legenda Budak Setan difilem kan,,kenapa tidak Trilogi ini difilem kan,,tetapi ada kekesalan sedikit iaitu kenapa novel berkualiti seperti ini tak di filem kan dari dulu,,tetapi nak salahkan siapa?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: