Book Review: Bicara Sebuah Diari – Zaifuzaman Ahmad

Bicara Sebuah Diari - Zaifuzaman Ahmad

Bicara Sebuah Diari – Zaifuzaman Ahmad

Tajuk: Bicara Sebuah Diari
Penulis: Zaifuzaman Ahmad
Penerbit: Buku Prima
Genre: Seram/Misteri
Bilangan muka surat: 594 muka surat
Cetakan: 2012
ISBN: 978-967-0342-43-6

Sinopsis:
Noreen seorang penulis skrip mendapat tawaran daripada seorang penerbit drama, Datin Zaleha. Penerbit tersebut meminta Noreen meulis skrip cinta Islamik. Noreen baru selesai dengan penulisan skrip filem ketandusan idea. Di saat-saat akhir dia berjaya menyiapkan sinopsis ringkas untuk dramanya akan datang. Namun, di kala menyiapkan skrip tersebut dia didatangi mimpi pelik. Seorang wanita agak berisi dengan tahi lalat di hujung bibir dan wanita tinggi berwajah kacukan Arab selalu muncul dalam mimpinya. Tempoh untuk dia menyiapkan skrip semakin berjalan namun dia masih ketandusan idea. Suaminya, Azam mencadangkan agar dia menulis di tempat jauh dari kesibukan bandaraya Kuala Lumpur. Maka dengan itu, Noreen dan sahabat baiknya sejak dari sekolah, Fatiha menumpang selama sebulan di vila milik kawan baik Azam, Suhaimi. Pada mulanya, idea datang mencurah-curah ke benak Noreen. Namun, saban malam mimpinya makin teruk. Semakin lama di vila tersebut, semakin banyak rahsia tentang wanita dengan tahi lalat di hujung bibir dan wanita tinggi berwajah kacukan Arab diketahuinya. Dalam hidupnya, dia tidak pernah mengenali kedua-dua wanita itu. Siapakah mereka? Apa pula kaitan dia dengan wanita-wanita tersebut? Bacalah sendiri!

Komen:
Secara keseluruhannya, tiga bintang daripada lima bintang saya berikan kepada buku ini. Pada mulanya, jalan cerita agak lambat. Cerita mula menarik apabila Noreen menumpang di vila Suhaimi. Rahsia tentang wanita berbadan sedikit berisi dengan tahi lalat di hujung bibir dan wanita tinggi berwajah kacukan Arab juga dia berjaya selongkar. Ending cerita memang tak disangka-sangka (walaupun semasa membaca buku ini dah dapat agak). Tapi, tidaklah sangat predictable seperti ending ‘Jangan Sebut Namaku’.

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 04:28 AM, 12/05/2013.

Comments are closed.

%d bloggers like this: