X VS Y

a. macam2 suasana politik sekarang.

b. parti X cakap parti Y tipu rakyat. parti Y pula ‘counter-attack’ cakap parti X tipu rakyat.

c. parti X janji ini, ini dan ini. parti Y pula janji itu, itu dan itu.

d. situasi lain pula, parti X tuduh parti Y begini, begini dan begini. parti Y pula tuduh parti X begitu, begitu dan begitu.

e. dengan perkembangan pesat negara dalam bidang IT dan lain2, fitnah cepat sungguh tersebar.

f. dalam tv lapor macam ni, macam ni dan macam ni. dalam laman sesawang dan blog2 pula lapor macam tu, macam tu dan macam tu.

g. tapi yang pasti ada sesetengahnya benar, ada juga yang palsu dan ditokok tambah untuk mensensasikan cerita. ada sesetengahnya mata kepala kita sendiri tak nampak.

h. banyak teknik2 modifikasi yang boleh dipelajari. contohnya, ‘super impose’.

i. kebaikannya, rakyat kini mempunyai lebih banyak sumber untuk dirujuk.

j. keburukannya, budaya fitnah memfitnah yang semakin menjadi-jadi. walaupun satu kaum dan satu agama, tetapi satu masyarakat tu boleh berpecah-belah menjadi dua akibat perbezaan ideologi.

k. pesanan kepada mana2 parti yang bakal menang. tak kisahlah parti X atau parti Y. jangan pandai menabur janji bintang dan bulan.

l. bila dah menang tu, tunaikanlah janji2 tu. jangan dah menang habuk pun tak ada. tak kisahlah seberapa banyak halangan, teruskan mengotakan janji2 itu untuk mendapat kepercayaan rakyat.

m. bak kata orang tua2, “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.

[p/s: saya bukan berpolitik. tetapi, sekadar meluahkan perasaan sebagai seorang mahasiswa kerdil sahaja.]

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 04:43 PM, 27/05/2012.

One Response to “X VS Y”

  1. Perlis akan kekal di bawah BN manakala di Kedah PR akan menang tipis. Selangor akan mendapat 2/3 majoriti. Negri Sembilan pula tumbang ke tangan PR. Melaka & Johor masih BN. Pahang & Trengganu beralih ke PR. Di Sabah & Sarawak pula berlaku peralihan sokongan. Parti-parti rangkaian BN melompat menyertai Pakatan Rakyat meninggalkan mungkin UMNO dan PBB shj.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: