Archive for May, 2012

Telur dan Kaca

Posted in This Is My Story with tags , , , , on May 30, 2012 by inibukanceritadongeng

a. last year i did post about “standing on the eggs”..

b. this year is got the opportunity to stand on glass.. yeas, GLASS!!!

c. actually a cultural group from indonesia called the giring-giring group performed specially for kebaya members (kebaya stands for kelab kebudayaan kolej bunga raya)..

d. one of their performances was called “tarian piring” and at the end of it they stepped and jumped repeatedly on it.. yes, they JUMPED!!

e. then, i managed to try it too..

eggs & glasses

eggs & glasses

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 02:23 AM, 30/05/2012.

X VS Y

Posted in Semasa with tags , , , on May 27, 2012 by inibukanceritadongeng

a. macam2 suasana politik sekarang.

b. parti X cakap parti Y tipu rakyat. parti Y pula ‘counter-attack’ cakap parti X tipu rakyat.

c. parti X janji ini, ini dan ini. parti Y pula janji itu, itu dan itu.

d. situasi lain pula, parti X tuduh parti Y begini, begini dan begini. parti Y pula tuduh parti X begitu, begitu dan begitu.

e. dengan perkembangan pesat negara dalam bidang IT dan lain2, fitnah cepat sungguh tersebar.

f. dalam tv lapor macam ni, macam ni dan macam ni. dalam laman sesawang dan blog2 pula lapor macam tu, macam tu dan macam tu.

g. tapi yang pasti ada sesetengahnya benar, ada juga yang palsu dan ditokok tambah untuk mensensasikan cerita. ada sesetengahnya mata kepala kita sendiri tak nampak.

h. banyak teknik2 modifikasi yang boleh dipelajari. contohnya, ‘super impose’.

i. kebaikannya, rakyat kini mempunyai lebih banyak sumber untuk dirujuk.

j. keburukannya, budaya fitnah memfitnah yang semakin menjadi-jadi. walaupun satu kaum dan satu agama, tetapi satu masyarakat tu boleh berpecah-belah menjadi dua akibat perbezaan ideologi.

k. pesanan kepada mana2 parti yang bakal menang. tak kisahlah parti X atau parti Y. jangan pandai menabur janji bintang dan bulan.

l. bila dah menang tu, tunaikanlah janji2 tu. jangan dah menang habuk pun tak ada. tak kisahlah seberapa banyak halangan, teruskan mengotakan janji2 itu untuk mendapat kepercayaan rakyat.

m. bak kata orang tua2, “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.

[p/s: saya bukan berpolitik. tetapi, sekadar meluahkan perasaan sebagai seorang mahasiswa kerdil sahaja.]

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 04:43 PM, 27/05/2012.

Rumah Panjai

Posted in Pena Minda, This Is My Story with tags , , , , on May 22, 2012 by inibukanceritadongeng

a. RUMAH PANJAI.

b. RUMAH PANJAI. walaupun tak ada bekalan elektrik, tak ada tv untuk jadi tontonan setiap hari, tak ada kipas mahupun ‘air-cond’ untuk sejukkan hari2 panas, tak ada lampu untuk terangi malam2 gelap; I’M PROUD OF IT.

c. RUMAH PANJAI. walaupun tak ada bekalan air bersih untuk bersihkan diri, untuk masak memasak, untuk dijadikan air minuman, untuk cuci pakaian, untuk mengairi kebun dan haiwan ternakan; I’M PROUD OF IT.

d. RUMAH PANJAI. walaupun tak ada ‘wi-fi’ mahupun ‘line’ perkhidmatan telefon yang sempurna untuk berhubung dengan saudara mara, untuk bertanya khabar dengan sahabat handai; I’M PROUD OF IT.

e. RUMAH PANJAI. cerita orang2 tua menemani hari2 kami, tiupan sang angin sejukkan kami, sinar pelita terangi malam kami. TAK MUDAH MEMINTA-MINTA.

f. RUMAH PANJAI. simpanan air hujan jadi makan minum kami. air sungai mengalir tempat kami mandi manda. TAK MUDAH MEMINTA-MINTA.

g. RUMAH PANJAI. gawai satukan kami. sahabat handai, dekat dan jauh kembali ke kampung. bertanya khabar dan bertukar-tukar cerita. TAK MUDAH MEMINTA-MINTA.

h. RUMAH PANJAI. walaupun di seberang sana kampung lampunya terang, air paip mengalir deras dan kalau untung siap ada ‘wi-fi’. nenek moyang ku berkurun-kurun lamanya mampu ‘survive’ walaupun penuh dengan kedaifan.

i. RUMAH PANJAI. walaupun kampung di seberang sana jauh lebih maju, kami di seberang sini masih mundur. tapi, kami masih boleh ‘survive’ hingga ke hari ini.

my rumah panjai back in bintangor

my rumah panjai back in bintangor

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 09:41 PM, 22/05/2012.

Soal Hati

Posted in Whateverrr with tags , , , on May 22, 2012 by inibukanceritadongeng

once upon a time..

X berkenalan dengan Y.. X belajar di luar negara dan Y bekerja di malaysia.. kedua-dua X dan Y rakyat malaysia.. mereka pun terus berkenalan dan kenal hati budi masing2 melalui facebook, skype, SMS, call dan lain2.. dari member2 mereka pun jatuh cinta and decide “in a relationship..”

mereka pun live happily but not “forever after..” si X ni kuat cemburu tapi taklah seteruk mana.. dia paranoid.. si Y ni cool dan bertahan dengan kerenah si X.. sampai satu tahap si X minta putus dengan si Y.. si Y pun terima saja dan kata “fine!!”

lepas lama tak berhubung, si X pun berkenalan dengan si Z.. masa tu si X dah berada di malaysia dah berjumpa face-to-face dengan si Z.. mereka berkenalan dengna keluarga masing2.. mak, ayah, kakak, adik dan kawan2.. then, mereka pun decide “in a relationship” juga.. banyak kenangan mereka bersama.. tengok movie sama2, makan sama2, jalan tepi pantai sama2, macam2 lagilah sama2..

pada suatu ketika, si Y contact si X minta bersama kembali.. maksud nak rujuk baliklah.. tapi, si Z dah sayang sangat2 dengan si X ni.. si X pun sayang dengan si Z ni tapi hati dia mengatakan dia nak kembali kepada si Y sebab dia sedar dulu dia tinggalkan si Y atas sikap dia yang paranoid tu..

kalau dia tinggalkan si Z, nanti si Z yang merana dan si X ni diselubungi rasa bersalah.. jadi, sekarang si X dalam dilema nak pilih Y atau Z.. dia bercadang nak single dan tinggalkan kedua-dua Y dan Z.. tapi yang merana teruk masih si Z.. tak lupa juga si X yang akan diselubungi rasa bersalah..

JADI, APA PENDAPAT ANDA???

[p/s: dah macam slot sinetron tv3!!!]”
.
.
.
kesudahannya:
selepas berfikir panjang dan mengambil kira pendapat orang, X memutuskan untuk meneruskan hubungannya dengan Z.. tetapi, Z telah ‘luka parah’ dan dapat ‘hidu’ cinta X kepada Y amat mendalam..

memang benar X sangat mencintai Y begitu juga cintanya terhadap Z.. tak kurang juga cinta Z kepada X.. Z nekad untuk melupakan dan meninggalkn X.. alasannya tidak guna mencintai orang yang pada waktu sama masih mencintai kekasih lamanya.. cinta Z tidak dapat menandingi cinta X terhadap Y.. sungguh hebat cinta X kepada Y..

apabila Z bertanya kepada X, kenapa X mengambil keputusan untuk meneruskan percintaan dengannya (Z), X menjawab terlalu banyak kenangan manis kita berdua dan dengan keluarga kita.. Z masih dapat mengesan bahawa mulut X berkata demikian tetapi hatinya masih hendakkan Y..

kini Z telah ‘move on’ fokus dalam studynya demi mengubat hatinya yang hancur berkecai, tak nak merana lagi.. dan juga melepaskan X untuk kebahagiaan X sendiri..

X sekarang masih cuti semester dan akan memasuki semester 2 dan kembali ke luar negara beberapa minggu lagi.. disebabkan peristiwa ini, X tidak sabar hendak meninggalkan malaysia.. X kini masih di dalam dilema.. adakah dia patut memilih Y di kala Z telah meninggalkannya atau stay single sahaja?? atau putukah dia stay single sahaja??

[p/s: kalau movie, ada sambungan ni!!]

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 12:58 AM, 22/05/2012.

Rumours

Posted in This Is My Story, What Lies Beneath A Picture? on May 8, 2012 by inibukanceritadongeng

a. i’m feeling divalicious!!!

originally by me

originally by me

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 04:22 AM, 09/03/2012.

Untitled

Posted in This Is My Story with tags , , , , , , , , , , on May 7, 2012 by inibukanceritadongeng

a. ada seorang kawan ni. goes by the name A. berkenalan dengan dia dalam facebook sebab sama2 sangat2 minat seorang selebriti ni. lama2 berkenalan sampai jadi BFF. hehe! saya ada bila dia ada masalah. dia pun ada bila saya ada masalah.

b. banyak pengalaman dilalui bersama. masalah cinta, famili, pelajaran semuanya dikongsi. secrets pun banyak dikongsi. i was like sayang sangat2 dia. pernah juga cakap kepada dia, whatever it is i will always love you. tapi, dia cakap we’ll always be bestfriend. cleared and i accept it and respect it.

c. ada seorang kawan lagi. goes by the name B. dah lama juga kenal dia ni. sama belajar di UNIMAS. dah ada GF. siap masa birthday dapat hadiah dipos lagi dari luar negara.

d. saya sangat rapat dengan A dan juga agak rapat dengan B. then, satu hari silap saya juga. masa makan di kafe kolej B nak tahulah siapa special friend saya. sebab PERCAYAKAN dia, saya pun introduce twitter A kepada B.

e. malam tu juga B follow dan bercerekarama di TL twitter. macam sengaja nak buat saya butthurt. untuk tidak memburukkan lagi keadaan, saya deactivate kedua-dua akaun facebook dan twitter saya untuk seminggu.

f. betul saya tak ada hak nak jealous. yeah, it is clear that we’re just bestfriend but i just can’t stand it why out of sudden YM dan skype mereka aktif. sebelum ni tak pula. tak ada pula nak webcam atau chat melalui YM atau skype dengan saya. i’m feeling a BIG PISSED. sangat2 pissed bila orang yang saya dah kenal lama sangat2 mesra dengan orang lain yang baru dia kenal less than a day.

g. lepas seminggu jiwa dan minda kembali agak tenang. chat kembali dengan A. all of sudden lepas lama kenal baru tahu both A and B ada YM and all of sudden too dua2 aktif dalam skype. dalam TL twitter tak payah sebutlah. belum lagi dalam chatbox facebook.

h. A pun macam mula jatuh hati kepada B walaupun dia dah tahu B dah ada GF. B pun layan juga A walaupun dia tahu saya bestfriend dengan A. then, i was like “apa yang B ni nak sebenarnya? dah ada GF tapi nak juga yang lain.”

i. mungkin saya patut anyhow reach to B’s GF dan beritahu semua ni. atau adakah dia memang tak ada GF. may be semua tu imaginasi dia saja. kalau betul imaginasi, then i should make B’s life a living hell seperti apa yang dia buat kepada saya.

j. kepada A, i’m still your bestfriend and i’m just hoping you understand what i’m feeling now. we’ve been through a lot together. the laughters. the cries. the gossips. the break-ups. i’ve always been there when you needed me and the same goes to you.

k. kepada B, i’m wondering what is your intention. once i know it, just get ready for many backstabbings and oh, thank you so much for becoming the hell raiser and ruining this friendship.

l. i’m no adele. set fire to the rain. i’m always fight fire with fire.

m. to A, whatever it is i still cherish our friendship. i can love you more than a lover can and i respect our friendship that i can’t afford to lose it. just that i’m so PISSED when you’re more manja in public (twitter) with B than you with me.

[p/s: B always make fun of me in real life. laughing and making jokes of me for being ugly and fat. mungkin sebab tu juga i’m still single up to now. FAT AND UGLY. yeah, muka B sangat flawless. mungkin sebab tulah A starts to fall for B.]

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 04:22 AM, 07/05/2012.

So Typical Malaysian

Posted in Pena Minda, Semasa with tags , , , , , , , on May 1, 2012 by inibukanceritadongeng

semua ambil kisah pemimpin yang tak korup
semua ambil kisah pemimpin yang tak adil
tapi, tiada yang kisah bumi yang semakin uzur

semua ambil kisah pemimpin beli cincin 24 juta
semua ambil kisah pemimpin salah tafsir hukum agama
tapi, tiada yang kisah bumi yang semakin uzur

semua ambil kisah sistem pemerintahan seratus peratus demokrasi
semua ambil kisah sistem pengundian seratus peratus telus
tapi, tiada yang kisah bumi yang semakin uzur

semua ambil kisah parti yang tak tipu rakyat
semua ambil kisah parti yang mejunjung agama
tapi, tiada yang kisah bumi yang semakin uzur

betul kata tun m, “melayu mudah lupa”
sekarang patutnya “malaysia mudah lupa”
betul kata tun m, “perjuangan belum selesai”
sekarang patutnya “perjuanganku sia-sia”

tak semua begini
tapi inilah “so typical malaysian”

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 10:23 PM, 01/05/2012.

%d bloggers like this: