Kawan, Perubahan dan Keadilan

a. ada seorang kawan ni. dia hebat dalam satu bidang.

b. pada suatu hari, keluarlah satu pos dalam satu group facebook. ramailah yang komen.

c. ada satu komen tu berbunyi begini, “saya bukan ______ hebat macam (seorang kawan ni).”

d. saya turut komen sekali nama organisasi kerajaan yang dia ikut masa buat show beberapa bulan lepas.

e. seorang kawan ni pun nampak nama dia kena tagged dalam komen tu lalu dia respon berbunyi lebih kurang begini, “perlu kah nak tagged nama saya macam tu?”

f. beberapa minit kemudian terbaca status update dia di facebook berbunyi lebih kurang begini, “perlukah nak sindir2 aku sampai macam tu? kalau tak puas hati dengan aku, tak payah sampai macam tu. kalau rasa diri tu hebat sangat, buktikan.”

g. beberapa minit kemudian juga tweet yang berbunyi lebih kurang begitu keluar di akaun twitter dia.

h. saya rasa agak sentap dengan penyataannya itu.

i. malam tu ada latihan. saya tak ikut sekali tapi sempat juga meluangkan masa nak tengok perkembangan mereka. seorang kawan ni ada sekali. dia handle ahli2 baru.

j. saya panggil berkali-kali tapi dia buat macam saya tak wujud. hati kecil saya berkata, “okay, fine.”

k. malam berikutnya saya sempat juga menjenguk latihan di bilik latihan sebelah. ternampak seorang kawan lain ni. muka macam ‘tension’.

l. dia tegurlah saya dan beritahu apa yang berlaku. rupa2nya dia pun terkena dengan seorang kawan ni (yang hebat dalam satu bidang). dia tegur, boleh buat2 tak dengar dan marah2.

m. berdiskusi beberapa minit, rasa bengang juga. macam tak adil. bila kami bergurau macam tu, boleh pula dia marah2 sampai tahap tak nak tegur.

n. nak cakap gurauan keterlaluan, taklah juga. ada senior2 dan geng2 sama hebat dalam bidang tu juga bergurau lagi keterlaluan daripada tu. tapi, dia dapat terima. tak ada pula sampai ke tahap nak pos di facebook atau tweet di twitter.

[p/s: kalau orang yang saya maksudkan tu terbaca ni, harap kau berubahlah seperti dulu. banyak sangat kau dah berubah semenjak kau join satu organisasi ni. bukan cemburu, tapi ni yang saya dan lain2 nampak perubahan dalam diri kau.]

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 04:59 AM, 23/04/2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: