The Ideal Boss
1. dipilih sebagai seorang ketua bermakna bahawa orang sekeliling percayakan anda dapat memikul amanah dan tanggungjawab yang diberikan.
2. sebagai ketua seharusnya berlaku adil dan saksama terhadap anak2 buah dan yang bekerja bersama-sama kita.
3. demokratik, diplomatik, fleksibel, tegas pendirian, tidak menganggap sesuatu secara peribadi dan tidak mudah melenting juga patut diamalkan.
4. sebagai ketua tidak semestinya anak2 buah dan yang bekerja bersama-sama mesti sentiasa bersetuju/mengikut/menuruti apa yang kita katakan.
5. sekiranya suara majoriti tidak bersetuju/membantah/tidak menuruti apa yang kita putuskan secara individu/bersendirian tanpa mengambil kira pandangan anak2 buah kita, maka kita perlu akur.
6. bukannya berkeras kepala. sebagai contoh, kalau kita percaya botol air boleh bertukar jadi batu, jadi batulah ia. malangnya, majoriti anak buah kita tidak mempercayainya. maka, akur dan tunduklah dengan mereka.
7. tak salah. jangan terlalu ego gara2 nak jaga imej sebab takut orang kata dia mudah ‘dipijak kepala’.
8. tak salah juga merujuk kepada mantan2 sebelum ini. tak semestinya kita merujuk penaung/penasihat sahaja yang jarang sekali terlibat dalam ‘decision-making’ organisasi kita itu.
Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 04:22 AM, 09/03/2012.
Leave a Reply