Archive for March, 2012

Power VS Authority

Posted in Semasa with tags , , , , on March 18, 2012 by inibukanceritadongeng

‎1. power vs authority.

2. bila kita diamanahkan satu jawatan, datang sekali dengannya adalah kuasa (power).

3. adanya kuasa yang datang dengan jawatan itu bukan bermaksud kita boleh membuat segala keputusan sesuka hati kita (authority).

4. kuasa itu kalau jatuh ke tangan yang salah, mampu memusnahkan segala-galanya.

5. kuasa itu juga kalau disalahgunakan menjerumus kepada aktiviti2 tidak sihat yang lain. jealousy, backstabbing, etc..

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 01:43 AM, 18/03/2012.

Professionalisme VS “Just Be Yourself”

Posted in Semasa with tags , , , on March 11, 2012 by inibukanceritadongeng

1. professionalisme vs “just be yourself”.

2. bila dah memegang sesuatu jawatan tu memang tak dapat dinafikan tindak-tanduk dan tatasusila kena jaga. bak kata orang tua2, “cakap siang pandang2, cakap malam dengar2.”

3. panggil orang dengan nama yang betul, nak gelak pun ada tatacaranya, tak boleh bergaul dengan orang sembarangan. okay, that’s fine.

4. tapi, jangan disebabkan nak sangat sangat jaga imej, pergaulan dengan orang yang dah lama awak kenal pun terbatas.

5. sangat janggal. awak bersikap sedemikian akan buat orang lebih menyampah dan berfikir awak dah berubah disebabkan jawatan tu.

6. just be flexible. leadership is not something that you can learn from the books or somewhere you get by attending seminars or courses. there are some applicable to your daily life but mostly experimental.

7. it is something that is so subjective.

8. memanglah akan ada mulut2 berkata-kata, “pedulikan mereka2 itu. asalkan awak dan Dia tahu apa yang awak buat.”

9. but you should’ve take into account on what your team members think too in order to build a strong organisation for a better performance.

10. jangan sebab terlalu professional awak kehilangan kawan yang selama ini memberi kepercayaan dan sokongan kepada awak.

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 06:04 PM, 11/03/2012.

A Doctor In The House (With Autograph)

Posted in This Is My Story, What Lies Beneath A Picture?, Whateverrr with tags , , on March 9, 2012 by inibukanceritadongeng
ko ada?? jangan zeless..

ko ada?? jangan zeless..

# masih terkesima melihat tandatangan itu.. ^_^v

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 04:40 AM, 09/03/2012.

Kenegerian VS Patriotisme

Posted in Semasa with tags , , , , on March 9, 2012 by inibukanceritadongeng

1. tiap tahun akan berlangsung pemilihan majlis perwakilan pelajar unimas..

2. saban tahun kita juga menyaksikan komposisi (kaum, agama dan lain2) mahasiswa yang terpilih sebagai mpp berubah-ubah..

3. saban tahun juga wakil mpp yang berasal dari sarawak semakin berkurangan..

4. ini menimbulkan rasa risau sesetengah pihak tentang KEPIMPINAN mahasiswa sarawak yang juga merupakan PELAPIS pemimpin negeri di masa akan datang..

5. waktu di universitilah untuk kita mencungkil dan mengasah bakat kepimpinan agar senang di hari kemudian..

6. niat sesetengah pihak untuk menaikkan calon dari BUMI KENYALANG untuk pemilihan mpp pada tahun ini sepatutnya tidak dipandang serong..

7. golongan ini mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap masa depan kepimpinan negeri sarawak..

8. ini bukanlah isu KENEGERIAN.. sebaliknya kita memandang situasi ini dari perspektif yang lebih terbuka..

9. untuk menaiktaraf atau menyamakan bakat2 kepimpinan mahasiswa dari sarawak sama tahap dengan mahasiswa dari semenanjung.. sekian..

[p/s: secebis fikiran insan hina.. tiada niat untuk menyerang sesiapa..]

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 04:27 AM, 09/03/2012.

The Ideal Boss

Posted in Semasa with tags , , , , on March 9, 2012 by inibukanceritadongeng

1. dipilih sebagai seorang ketua bermakna bahawa orang sekeliling percayakan anda dapat memikul amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

2. sebagai ketua seharusnya berlaku adil dan saksama terhadap anak2 buah dan yang bekerja bersama-sama kita.

3. demokratik, diplomatik, fleksibel, tegas pendirian, tidak menganggap sesuatu secara peribadi dan tidak mudah melenting juga patut diamalkan.

4. sebagai ketua tidak semestinya anak2 buah dan yang bekerja bersama-sama mesti sentiasa bersetuju/mengikut/menuruti apa yang kita katakan.

5. sekiranya suara majoriti tidak bersetuju/membantah/tidak menuruti apa yang kita putuskan secara individu/bersendirian tanpa mengambil kira pandangan anak2 buah kita, maka kita perlu akur.

6. bukannya berkeras kepala. sebagai contoh, kalau kita percaya botol air boleh bertukar jadi batu, jadi batulah ia. malangnya, majoriti anak buah kita tidak mempercayainya. maka, akur dan tunduklah dengan mereka.

7. tak salah. jangan terlalu ego gara2 nak jaga imej sebab takut orang kata dia mudah ‘dipijak kepala’.

8. tak salah juga merujuk kepada mantan2 sebelum ini. tak semestinya kita merujuk penaung/penasihat sahaja yang jarang sekali terlibat dalam ‘decision-making’ organisasi kita itu.

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 04:22 AM, 09/03/2012.

Rumput dan Kasih Sayang

Posted in Semasa with tags , , , on March 9, 2012 by inibukanceritadongeng

# a friend of mine gave me this, a video (from youtube)..

Pada suatu hari, di sekolah, seorang murid bertanya kepada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Okey, kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Dah petik rumput yang paling cantik, bawa ke kelas.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya.

Cikgu bertanya, “Kenapa tiada rumput yang dipilih?”

Pelajar: Tadi, masa berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik, tapi Cikgu kata petik yang paling cantik. Maka, saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi, sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik, tapi dah Cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi…

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 04:16 AM, 09/03/2012.

Professionalisme

Posted in Semasa with tags , , on March 9, 2012 by inibukanceritadongeng

1. memang professional sesuatu mesyuarat itu untuk mengekang hentam menghentam sesama ajk, sesama ahli atau sesama ajk dan ahli.

2. memang professional juga apabila sesuatu mesyuarat itu mengekang menonjolkan kelemahan seseorang individu.

3. dengan perkembangan teknologi yang rancak di negara kita, memang sesuatu isu itu cepat tersebar. sama ada melalui facebook, twitter, youtube dan lain2.

4. dengan itu kita cepat beranggapan bahawa semua orang tahu akan masalah itu termasuklah pekerja bawahan.

5. TETAPI, lagi bagus kita bincangkan sesuatu isu itu dengan merahsiakan nama individu terlibat secara terbuka.

6. kenapa? bila isu kontroversi sesuatu penganjuran program itu dibincangkan secara terbuka sesama ajk dan orang bawahannya, kesilapan yang sama dapat dielakkan di masa hadapan.

7. mengapa? kerana sesama ajk dan orang bawahan itu ada di antara mereka adalah golongan pelapis pemimpin sesuatu organisasi atau institusi.

8. sekiranya orang bawahan itu pada waktu itu tiada memegang apa2 jawatan dan tidak mengatahui apa2 masalah yang timbul, sudah tentu dia tidak mengetahui penyelesaiannya.

9. jadi, sekiranya masalah sama timbul di masa hadapan, janganlah kita menyalahkan orang itu.

10. hanya sestengah masalah disimpan bagus disimpan sesama ajk. tetapi, ada sesetengah masalah bagus untuk dikongsikan sekali dengan penyelesaiannya. taklah muka yang sama tahu semua benda.

11. manusia ni bila dah lama terlalu berilmu dan dia saja yang tahu banyak perkara, akan jadi cepat bongkak.

12. belajar melalui pengalaman dan logik.

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 04:15 AM, 09/03/2012.

%d bloggers like this: