Comfort Zone

WARNING!!!: suka saya ingatkan bahawa pos ini tidak bermaksud untuk mengaibkan atau mencari kesilapan mana2 pihak.. sekadar perkongsian untuk renungan bersama agar sejarah (yang kurang enak didengar atau dipandang) tidak berulang di masa hadapan..

beberapa minggu lepas, kecoh satu unimas gara2 isu penempatan pelajar di kolej2 kediaman (walaupun dah lama kecoh)… kekecohan bermula daripada statement berikut:

3 ogos 2011

3 ogos 2011

tetapi, notes berikut yang dipos di facebook beberapa hari lepas menghangatkan lagi suasana:

8 ogos 2011

8 ogos 2011

berikutan notes tersebut, keluarlah statement ini di group Perpaduan Mahasiswa UNIMAS (https://www.facebook.com/groups/PerpaduanUnimas/):

8 ogos 2011

8 ogos 2011

saya percaya beberapa mpp telah berusaha mendapatkan penjelasan daripada tnc (hep&a) unimas sendiri.. beberapa jam kemudian, keluarlah statement ini pula yang merupakan mesej tnc ke e-mel seorang mpp unimas di group Penetap Luar UNIMAS (https://www.facebook.com/groups/215772265101776/).. kandungannya adalah seperti berikut:

9 ogos 2011

9 ogos 2011

“Terimakasih atas keprihatinan MPP. “Berat mata memandang Berat lagi bahu memikul”. Kebanyakan daripada keresahan yang dibangkitkan itu juga merupakan antara agenda yang telah difikirkan oleh pengurusan HEP terutamanya disepanjang pelajar bercuti. Usaha telah dibuat dengan sebaik mungkin dengan mengambil kira pelbagai pendekatan termasuk yang bersifat sementara bagi memastikan kesejahteraan pelajar terjamin dalam masa terdekat ini. Pelbagai kaedah telah difikirkan malah untuk makluman Yie Hahn dan rakan rakan anda, pengurusan HEP telah berusaha dengan menggembeling tenaga kesemua warga kolej untuk turun padang dan membersihkan kolej kediaman pelajar secara bergotong royong melalui operasi yang kami gelar “GERAK GEMPUR KOLEJ KEDIAMAN” bagi memastikan semua bilik dapat digunakan SEPENUHNYA oleh pelajar pada semester akan datang. Dengan inisiatif yang telah dilakukan itu, pelbagai masalah telah dapat diatasi TERMASUK inisiatif gempur bagi mendapatkan khidmat kontraktor luar untuk membaikpulih secara langsung dengan kadar segera bagi mengatasi kesemua masalah yang tidak dapat ditangani oleh staf kolej yang telah membanting tulang dan keringat bagi memastikan keselesaan dan kesempurnaan pelajar. Sampaikan makluman kepada pelajar UNIMAS bahawa pengurusan UNIMAS dan HEP khususnya amat prihatin dan peka kepada kebajikan pelajarnya sehinggakan warga kerja kolej telah berkorban tenaga membaiki sendiri apa yang termampu segala kerosakkan yang boleh ditangani di setiap kolej sewaktu GERAK GEMPUR dijalankan baru baru ini tanpa menantikan pihak yang sepatutnya melakukan tugas berkenaan. Semua ini dilakukan tidak lain hanya bagi memastikan kebajikan pelajarnya tidak terabai.

Dengan pendekatan yang telah diambil itu, pelajar akan berupaya mendapat kemudahan sepertimana yang diharapkan pada semester hadapan. Pada masa yang sama, saya juga mengharapkan pihak MPP untuk mula menanam kefahaman kepada para pelajar bahawa zaman di mana kemudahan 100% penempatan pelajar di kolej pelajar mungkin tidak lagi dapat dilaksanakan sepenuhnya dalam jangka masa setahun dua lagi memandangkan bilangan kemasukan pelajar baharu yang semakin bertambah. Ini termasuk pengambilan 2 kali setahun yang sudah dilaksanakan oleh UNIMAS. Untuk makluman, tahun ini sahaja pelajar baharu yang telah mengesahkan pendaftaran sudah mencecah 3700++ dari unjuran sebanyak 4200++
Pertambahan pelajar antarabangsa juga menambah tekanan terhadap keperluan kolej kediaman. Demikian juga dengan pertambahan bilangan pelajar pasca siswazah yang juga tidak putus putus menuntut hak yang sama untuk mendapatkan kolej kediaman. Dengan kata lain ada 5 kumpulan sasaran yang kesemuanya menuntut hak kemudahan kolej dengan segala kekangan yang kita hadapi pada waktu ini seperti berikut:-

1. Pelajar PPPU
2. Pelajar pra siswazah
3. Pelajar Pasca siswazah
4. Pelajar antarabangsa
5. Pelajar Antarabangsa/Pascasiswazah yang berkahwin ( Married Quarters)

Ratio 70% (penempatan dalam) dan 30% (terpaksa menyewa di luar) telah lama di amalkan di kebanyakan IPTA lain. Di UNIMAS setakat yang termampu kita akan cuba sedaya upaya untuk memberikan kemudahan penginapan sepenuhnya kepada pelajar. Namun, kita harus bersedia mulai sekarang . Masanya akan tiba juga di mana perlaksanaan ratio tersebut terpaksa dilakukan bila tiba masanya nanti. Saya telah pun mengeluarkan pekeliling TNC mengingatkan pelajar mengenainya sejak tahun lepas lagi. Justeru saya juga meminta pihak MPP untuk mula menjelaskan secara rasional isu yang bakal kita tempuhi pada masa akan datang ini sebagai persediaan awal buat pelajar kita andaikata kita tidak lagi mampu untuk menyediakan kemudahan penginapan pada masa akan datang.

Langkah terkini yang telah diambil oleh pengurusan UNIMAS melalui inisiatifnya sendiri ialah untuk membina sebuah kolej baharu yang akan berupaya menampung sekitar 1800 orang dan ianya akan mula dibina pada penghujung tahun ini atau awal tahun hadapan dengan menggunakan sumber dana dari inisiatif UNIMAS sendiri. Semuanya tak lain HANYA untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan pelajar.

Sehubungan dengan itu, melalui kaedah yang telah pihak pengurusan HEP gunapakai dan persetujui dalam menyelesaikan segala permasalahan berkaitan penempatan dalam masa terdekat ini, kami yakin akan dapat menempatkan pelajar sebaiknya pada masa hadapan. Justeru, isu tidur di surau atau isu penempatan secara haram sepertimana yang dikatakan itu akan dapat diatasi. Mudah mudahan dengan penjelasan ini Yie Hahn mendapat maklumbalas yang diharapkan serta menjawab segala persoalan dan kegusaran yang timbul di pihak MPP dan pelajar UNIMAS secara khusunya.

Atas segala usaha murni kami yang terbaik buat pelajar UNIMAS, hanya satu sahaja harapan kami di HEP . Sebagai balasannya, kami hanya mengharapkan pelajar UNIMAS juga dapat memberikan sumbangan dan kerjasama yang erat dan baik kepada UNIMAS dengan mengutamakan aspek kecemerlangan akademik , kecemerlangan penglibatan dalam aktiviti sepenuhnya di kolej dan UNIMAS, (bukan hanya menuntut hak penginapan dan kemudiannya tidak memperdulikan aktiviti kolej dan UNIMAS) mengukir nama di pertandingan di peringkat IPT seperti debat, robocon, imagine cup yang tak pernah kita capai kejayaan sejak bertahun lamanya dan yang paling penting, meminggirkan segala bentuk penglibatan yang tidak mendatangkan apa apa manfaat seiring dengan status sebagai golongan manusia yang terpelajar. Saya harap disamping MPP memperjuangkan hal kebajikan pelajar, MPP juga boleh melipatgandakan usaha terhadap perkara yang disebutkan tadi dan menggerakkan usaha ke arah menerapkan nilai kekitaan dan semangat berpasukan dikalangan pelajarnya dan menuntut sumbangan serta penglibatan daripada setiap pelajar sama sepertimana pelajar menuntut kebajikannya daripada UNIMAS. Dengan demikian barulah UNIMAS akan dapat melahirkan pelajar yang berketrampilan dan tidak hanya berat sebelah. Ini adalah pandangan tulus ikhlas daripada saya. Harap ianya dapat diterima dengan hati yang terbuka kerana tiada lain yang akan menggembirakan saya melainkan menyaksikan kejayaan pelajar saya yang sekaligus dapat mengharumkan nama UNIMAS.

Terimakasih
MFAR

“Dream requires soudless sleep to see..
Aim requires sleepless efforts to achieve..””

eerrrrr….?? apa kaitan pos ni dengan tajuknya?? mari kita renung2kan bersama..

[p/s: sekali lagi, pos ini tidak bermaksud untuk mengaibkan atau mencari kesilapan mana2 pihak.. sekadar perkongsian untuk renungan bersama agar sejarah (yang kurang enak didengar atau dipandang) tidak berulang di masa hadapan..]

unimas - always in our heart

unimas - always in our heart

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 03:15 AM, 12/08/2011.

3 Responses to “Comfort Zone”

  1. Zulkifli Abdullah Says:

    Di universiti UPSI, UTM, UPM, UITM Shah Alam, banyak rumah sewa di bina. Senang nak cari rumah sewa. Tempat penginapan di dalam Universiti pun banyak. tetapi di Kota Samarahan, terhad. Jadi nak cari rumah sewa berebut. Ada student yang kena tipu gara2 tuan punya rumah sewa yang cakap tak serupa bikin. Lagi satu, UNIMAS dalam satu taklimat ada menyatakan, tiada seorang student pun akan tinggal di luar. Maknanya semuanya akan tinggal di dalam kampus, namun itu cakap penyedap hati. Yang menjadi mangsa pelajar la. Kesian mereka terutama anak2 perempuan seperti anak saya. Pernah bergaduh pasal masing2 kata dah banyak deposit pada tuan rumah tu. Buat rayuan tak dapat, dengan alasan pelajar kurang aktif la. Ini dengar2 pelajar asing/luar negara akan diterima belajar di sini. Agak saya tentu mereka akan di layan seperti emas. Jika UNIMAS tak mampu menyediakan tempat penginapan yang cukup, hadkan bilangan pelajar yang diambil. Janngan tamak sangat…

  2. Anas Ahmad Says:

    sapa zulkifli abdullah ni, bercakap seperti tidak membaca buku…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: