Berbulan Bulan Bulan Bulan Bulan…

ehem! ehem!! testing… testing…!! lama dah tak update blog ni kan??? kali terakhir sempena pra-kembara… maklumlah… sibuk akhir-akhir ni… ni pun update blog dalam kesibukan…

di sini ingin aku kongsikan pengalamanku berkembara buat kali kedua bersama-sama 80 orang rakan mahasiswa lain. kali ini bukan sebagai peserta, tetapi sebagai krew. aku ditugaskan sebagai krew teknikal dan juga persembahan. program yang berlangsung dari 2-14 disember 2010 telah singgah di gua fairy, sri aman, kapit dan miri.

banyak pengalaman kali pertama aku peroleh dari kembara kali ini. kali pertama menjejakkan kaki ke sri aman, kapit dan miri walaupun aku anak jati sarawak. di sri aman aku mendapat keluarga angkat melayu, di kapit keluarga angkat iban dan di miri keluarga angkat penan. keramahan keluarga angkat dan penduduk kampung di setiap kampung yang kami kunjungi tidak dapat dilupakan. sampai sekarang aku masih bertanyakan khabar keluarga angkat aku di kampung hilir, sri aman. selain dari segi kebudayaan, kami turut didedahkan dengan permainan tradisional setiap kaum tersebut. aku akui, memang banyak permainan tradisional tersebut tidak pernah aku ketahui akan kewujudannya. di rumah panjang iban terutamanya, adat resam etnik tersebut di kapit jauh berbeza dengan kampung halaman aku. kiranya, satu pengalaman baru bagiku selaku anak jati sarawak.

dari segi peserta pula, memang havoc-havoc. masing-masing ada kelebihan sendiri. aku jadi fasi group 2 a.k.a. gading… yang paling tak boleh dilupakan, tahun ni aku dapat nama panggilan baru. kalau tahun lepas gaga, tahun ni pula kak matt. hahaha!!! kenapa??? sebab tiap kali bergambar aku buat pose mengancam dan lirikan mata yang mengiurkan…

walaupun hanya sebagai krew, hubungan dengan peserta tiada jurangnya. kami macam geng sudah… hari terakhir semasa menghantar rakan-rakan dari semenanjung ke KIA, kami sempat melaungkan trademark kembara tahun ni. “kembara… juh, berambeh!!!” terima kasih kepada facebook kerana adanya kamu kami masih keep in touch hingga sekarang. di kala kesibukan sbagai pelajar, bila terkenang memori semasa kembara, rasa rindu pula dengan kalian…

last but not least, harap kalian menjadi pemimpin yang berguna dan berkhidmat dengan penuh ikhlas kepada sesiapa yang kalian wakili.

selepas kembara budaya di kampung budaya sarawak

selepas kembara budaya di kampung budaya sarawak

ni jadi bila tak bayar bil elektrik...

ni jadi bila tak bayar bil elektrik...

caving di gua fairy... dapat rawatan muka free you...

caving di gua fairy... dapat rawatan muka free you...

makan malam dengan anak-anak buah aku di sibu (3 km je dari rumah aku...)

makan malam dengan anak-anak buah aku di sibu (3 km je dari rumah aku...)

america's nex top model??? hahaha!!!

america's nex top model??? hahaha!!!

buat cheers ramai-ramai di KIA... ade bran???

buat cheers ramai-ramai di KIA... ade bran???

macam aku pula yang nak balik...

macam aku pula yang nak balik...

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 04:05 AM, 09/02/2010.

5 Responses to “Berbulan Bulan Bulan Bulan Bulan…”

  1. wah2 kakmatt cite bes ye….hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

  2. hihihihi .. memang kenangan terindah.. xpernah seumur hidup join program sampai 2 minggu.. muke yg same jer kite tgk sampai 2 minggu.. mane tak rindu2 sampai skang.. hihihi .. =) ..

  3. shuq faqat Says:

    haha.. kompom rinduu wehhh.. ntah ade lg x yg keep in touch sampai skrg. masing2 tgk pun dah busy je. ramai yg dah grad.. dah kerja.. kawin bila lagi? huhuhu ^^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: