Setelah Dua Bulan

Sudah lama aku tak kemaskini blog. Kali terakhir adalah pada ulang tahun kemerdekaan ke-53 yang lepas. Sepanjang dua bulan ini banyak pengalaman yang aku tempuhi.

Selepas sambutan bulan kemerdekaan, adalah cuti pertengahan semester untuk dua minggu sempena cuti Hari Raya Aidilfitri. Aku balik bercuti di rumah mak cik aku yang terletak di BDC, Kuching. Sepanjang cuti, aktiviti ku hanyalah berkisar di dalam rumah sahaja. Menonton filem-filem tempatan sempena raya sampai lewat malam. Banyak juga pengajaran yang aku pelajari melalui filem-filem ni. Aku juga sempat berkunjung ke rumah sahabat handai pak cik dan mak cik aku yang menyambut raya. Dari rumah ke rumah dan kampung ke kampung. Berbagai-bagai karenah manusia kita dapat lihat. Berbagai-bagai juaga kaum yang datang ke rumah terbuka raya pada waktu itu. Lalu aku terfikir betapa bertuahnya kita tinggal di bumi Malaysia ini. Walaupun ada sedikit masalah dalaman, kita masih lagi dapat hidup aman damai. Tidak seperti di beberapa dunia ketiga. Nak tidur pun terpaksa berjaga-jaga sepanjang masa apatah lagi nak bersuka-ria.

Sekembalinya ke UNIMAS, aku sibuk dengan pelbagai aktiviti kampus. Antaranya sambutan aidilfitri peringkat UNIMAS, Karnival Sukan Air dan lain-lain. Di sebalik kesibukan ini, banyak perkara aku pelajari. Pengurusan masa dan komunikasi. Mengurus masa dengan efisien amat penting bagi seseorang pelajar. Komunikasi yang baik pula penting sebagai seorang pemimpin. Akademik yang cemerlang menjamin masa depan manakala komukasi yang berkesan menjamin kejayaan sesebuah organisasi.

Pada bulan Oktober pula, UNIMAS sibuk dengan Majlis Konvokesyen. Pesta Konvokesyen yang menjadi tradisi UNIMAS setiap tahun juga berlangsung untuk seminggu pada tahun ini. Banyak aktiviti telah UNIMAS anjurkan. Antaranya Minggu Seni Warisan dan Budaya, Senamtari, Citrawarna, gerak keusahawanan dan lain-lain. Aku sepanjang tiga minggu selepas cuti raya sibuk dengan rutin latihan tarian untuk citrawarna. Walaupun tak dapat watak utama, aku dapat hilangkan sedikit berat badan aku yang menaik selepas cuti. Hasil usaha dan titik peluh kami, juga mendapat balasan yang setimpal, tempat ketiga.

Selepas citrawarna, aku agak senang. Tak ada aktiviti nak dibuat. Jawabnya lepaklah di tempat kesukaan aku dan kawan-kawan. Bilik mesyuarat. Di situlah kami ‘online’, bersuka-ria, ‘download’ filem, lagu dan gelak beramai-ramai.

Itu saja dapat aku kongsikan. Apa-apa perspektif yang aku buahkan dari fikiran, akan aku kongsikan lagi di sini.

sebuah rumah di Pantai Permai

sebuah rumah di Pantai Permai

pemandangan dari seberang Tebingan Sungai Sarawak

pemandangan dari seberang Tebingan Sungai Sarawak

team senamtari brc

team senamtari brc

team citrawarna brc

team citrawarna brc

exporace brc

exporace brc

majlis anugerah pelajar unimas

majlis anugerah pelajar unimas

malam penghargaan jpk unimas

malam penghargaan jpk unimas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: