Archive for November, 2010

Sang Pari-Pari yang Ekstrem

Posted in This Is My Story with tags , , , on November 28, 2010 by inibukanceritadongeng

semalam (27 november 2010) tatkala rakan2 lain sibuk mengemas bilik dan ‘packing’ untuk balik ke kampung halaman, aku pula sibuk dengan aktiviti lasak di gua pari-pari, bau. tujuannnya adalah untuk mencuba dan mengalami aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan sempena satu program yang dirahsiakan setakat ini.

perjalanan dimulakan dengan menaiki bas unimas yang bertolak dari bangunan hep&a pada jam 7.00 pagi. sejam lebih kemudian kami tiba di kawasan ‘rock climbing’. seperti biasa, mana2 aktiviti yang melibat pergerakan otot2 badan harus dimulakan dengan ‘warming-up’ yang diketuai oleh saudara cici. kemudian kami diberikan taklimat oleh pengerusi kelab aktiviti lasak kuching tentang peralatan dan cara2 pengunaannya. beliau turut dibantu oleh ahli2 kelab yang lain. inilah kali pertama aku ‘rock climbing’. sesampainya giliran aku, keyakinan penuh di dada. sekali cuba, “adoi!!! payahnya!!!” ternyata ‘rock climbing’ memerlukan kekuatan otot di bahagian lengan. ada sepuluh bahagian pada ‘angin-angin’. aku hanya sampai pada bahagian ketiga. walaupun tak sampai ke bahagian teratas, sekurang2nya aku mencuba dan tahu akan kemampuan diri.

seterusnya kami dibawa naik untuk aktiviti ‘abseiling’ pula. masuk ke pintu gua dengna disambut bayu yang bertiup sepoi2 bahasa. nak naik ke kawasan ‘abseiling’ tu memakan masa 10 minit. dalam hatiku berkata’ “SERIOUSLY, now i’m the edge of a cliff!” ini juga kali pertama giliran saya ber’abseiling’. rakan seperjuangan, saudari mia, sungguh gementar dan takut untuk mencuba kerana beliau gayat. kasihan aku melihat ait muka beliau tatkala abang noh menurunkannya. sampai saja di bawah, beliau terus menangis. giliran aku pula, seperti ‘rock climbing’ juga. keyakinan penuh di dada kerana ini juga kali pertama aku ‘abseiling.’ biasalah. ‘first timer’ memang penuh yakin ingin mencuba. segala persoalan dan keraguan aku tujukan kepada kak ninie dan abang noh yang sungguh membantu. abang j pula sibuk mengambil gambar.

belum turun kakiku dah menggeletar. “kaki kau mengeletar tu!” ujar abang noh. aku tergelak seketika. tak sedar kaki menggeletar. bahagian pertama turun dengan selamat. sesampai saja di platform, uncle menyambut kedatanganku. bahagian kedua yang amat mengujia psikologi, minda dan keberanian diri. jarak platforn tersebut ke tanah adalah sejauh 60 m! nampak dekat, tapi sekali aku pandang ke bawah “ngerinya!!!” aku turut perlahan-lahan. jantung berdegup kencang tatkala hormon adrenalin dirembes dengna banyak. sekali-sekali aku toleh ke bawah. “wah!!! tingginya!!! bila nak sampai ni?!!!” di pertengahan jalan pula, angin bertiup. aku berpusing beberapa kali. dalam hatiku berkata, “eee!!! boleh pula benda ni berpusing!!!” sambil memendamkan perasaan takut, aku terkesima dengan pemandangan di sekitar gua yang menghijau. aku toleh lagi ke bawah, jauh lagi nak sampai. abang penghulu menyuruhku melepaskan tali. aku lepaskan dan perlahan-lahanku sampai di tanah. priase to God! aku selamat. sampai saja di bawah rakan-rakan lain bertanya. “macam mana?” aku tak dapat nak berkata-kata. terdiam seribu bahasa. mereka tertawa melihat aksiku memanjat dan memeluk penghadang serta merangkak lalu terduduk. bila difikirkan balik, memang agak lawaklah. hahahaha!!!

kemudian, kami berehat seketika sebelum bergerak untuk aktiviti seterusnya. setelah berehat, uncle memberikan sedikit taklimat untuk aktiviti ‘caving’. ini juga kali pertamaku masuk ke gua dan ‘caving’. agak banyak pengalaman kali pertamku kali ini. abang penghulu, abang noh, abang j, kak su dan beberapa orang anak ahli kelab aktiviti lasak kuching yang banyak membantu dalam aktiviti ini. ‘caving’ dan ‘jungle trekking’. jauh bezanya. aku lebih suka ‘jungle trekking’ kerana dapat memijak permukaan tanah yang lebih kasar dan sukar untuk jatuh. untuk ‘caving’ pula perlu yakin dengan permukaan batu-batuan yang licin dan pelbagai rupa. ada sesetengah tempat tu memang curam dan di hujungnya gaung. silap sikit, jawab sendirilah.

semakin jauh perjalanan ke perut gua, semakin gelap penglihatan. sepanjang perjalanan, aku berbekalkan lampu suluh yang dah ‘low batt’ yang dipinjam dari kawan. semakin jauh ke perut gua, semakin mencabar laluan. becak, lumpur, tanah, batu, gaung, lubang, pasir, debu. semuanya terpaksa diredah. “biar kotor, janji selamat.” itulah prinsipku dalam apa jua situasi yang mendesak diri. di satu bahagian, kami terpaksa memasuki satu ruang sempit. di situ, kami bagaikan baru sahaja dilahirkan. sungguh bermakna pengalaman itu. terima kasih kepada pak bidan terjunku, saudara cici dan fariz. mula-mula agak takut juga kerana risau tersekat di situ. hahaha!!! kami meneruskan perjalanan. sebelum keluar, di satu bahagian gelap kami bergelap gelita sambil dimotivasi oleh abanga penghulu. keadaan gelap gelita 100% seakan-akan di dalam perut ibu yang mengandungkan kita selama sembilan bulan. keunikan alam sekitar harus dihargai dan dijaga demi kebaikan generasi akan datang. sampai saja di luar gua, aku menjerit. “woohoo!!!” “tahniah!” kak su menyambut kedatanganku.

selesai sahaja ‘caving’ kami bergambar beramai-ramai dengan krew kelab aktiviti lasak kuching. banyak pengajaranku pelajari daripada aktiviti-aktiviti selama sehari di situ. pertama, aku mengenali kebolehan diri. setiap individu ada hadnya sendiri dalam sesuatu perkara. ada sesetengah had itu dapat dilepasi sekiranya yakin pada diri sendiri dan ada sesetangah had itu memang tak boleh dicabar atau diuji. kedua, aku tahu bahawa aku gayat. buktinya, kakiku bergetar sebelum turun untuk ‘abseiling’. hahaha!!! (monolog dalaman) ketiga, hargai alam sekitar dan terokai keindahannya. kita hidup kerana adanya pokok2 yang membekalkan kita oksigen.

setakat ini saja perkongsian pengalamanku dalam aktiviti lasak di gua pari-pari.

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 12:50 PM, 28/11/2010.

Payahnya Bila Atap Nak Jadi Tiang, Tiang Nak Jadi Dinding dan Dinding Nak Jadi Tangga

Posted in Ctrl+A Ctrl+C Ctrl+V Edit Post with tags , , , , on November 22, 2010 by inibukanceritadongeng

Ada satu cerita rakyat zaman dahulu kala, dalam nada simbolik membawa kisah bagaimana perkakas dalam sebuah rumah saling melihat bebanan yang ditanggung olehnya dan rasa bahawa yang lain tidak seteruknya. Kisah bermula apabila atap rasa dialah yang paling berat menanggung bebanan berbanding yang lain. Dia terpaksa menahan hujan, panas. Dia terpaksa berjemur di tengah-tengah panas. Peritnya tak terkira. Demikian juga bila hujan turun. Dialah yang terpaksa berhadapan dengan hujan ribut. Perasaan kecewa dan sedih bertambah apabila atap tengok tiang yang dirasakan lebih rehat dari dia. Tak kena panas dan tak kena hujan. Lalu ia merungut:

“Sedapnya jadi tiang, tak kena jemur di terik panas mentari dan tak payah susah payah menahan hujan ribut. Alangkah seronoknya kalau boleh jadi tiang”.

Mendengarkan kata-kata atap, lalu tiang menjawab:

“Kamu tak tahu betapa setiap saat aku terpaksa memikul bebanan beratnya atap, kayu alang dan kayu lain yang berat di atas bahu aku. Engkau atap, lebih senang, tak payah pikul bebanan berat macam aku,” rungut tiang.

Kata tiang terkadang “Aku cemburu tengok dinding, dia tak kena panas dan tak kena pikul bebanan berat macam kita.” Sedang mereka berbual, rupanya dinding mendengar, lalu menyampuk:

“Jangan kamu fikir yang panas dan berat saja. Aku lagi susah, nak kena jaga keliling rumah ni. Aku kena lindung semua isi rumah. Akulah benteng menutupi aib dalam rumah. Akulah penyimpan rahsia mereka. Tapi aku juga kena ketuk bila nak tampal, nak sangkut apa-apa. Sebenarnya aku rasa yang senang bukan aku, tapi tangga.”

Mendengar kata-kata dinding itu, tiba-tiba tangga pun mengeluh:

“Kamu jangan tengok hujan panas, bebanan saja. Tapi aku rasa aku nilah yang paling berat antara semua perkakas rumah ni. Aku terpaksa kena hujan panas. Aku terpaksa pikul bebanan orang pijak aku bila nak naik, bila nak turun dan lebih malang lagi mereka pijak aku dengan kekotoran yang mereka bawa. Tapi bagi aku kalau ini yang telah ditakdirkan aku redha. Biarlah aku berkhidmat semampu aku sebelum semua kita rebah menyembah bumi semuanya.”

Pengajaran dari kisah tersebut ialah jangan kita hanya nampak susah kita tapi tak pernah fikir susah orang lain dan yang lebih penting jangan kita nak jadi benda lain. Kita harus jadi kita kerana itulah amanah yang diberi kepada kita. Payahnya bila atap nak jadi tiang, tiang pula nak jadi dinding dan dinding pula nak jadi tangga.

rumah=atap+tiang+dinding+tangga

rumah=atap+tiang+dinding+tangga

Kisah Adik dan Abang

Posted in Ctrl+A Ctrl+C Ctrl+V Edit Post with tags , , , on November 12, 2010 by inibukanceritadongeng

Sekali lagi, seperti biasa aku ber-Facebook. Memang aktiviti wajib setiap hari. Aku terbaca lagilah satu kisah menarik ni. Sangat sedih dan menyayat hati. Aku kongsikan bersama:

Mengisahkan kisah seorang adik yg selalu tulis surat kat abang dia..Dan dia xtau pon abg dia balas surat tu….hmmm..;(Boleh like, share, comments.:)

Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampong..Satu pon x berbalas..2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanjang perkahwinan aku..Aku x tenang..Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong..Aku nak bersihkan rumah pusaka makl dan ayah.. Semasa membersih rumah using tu..Aku tersapu surat yang aku kirimkanpada abangku 2 tahun yang lalu..Sebelum aku menikah…suratnya macam ni..

“Khas buat abangku,Abg, ko ingat lagi x..Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak air keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal tu.. Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali biar die sorang-sorang “

Ko ingat x..

Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat aku lagi..Sampai sekarang..

Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan.Ko x penah ucap terima kasih kat aku. Abg, ko ingat x.. Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko..Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

Abg, ko ingat x..

Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang..Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..

Abg,

Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..Salam sayang,

Adik.”

Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat..Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka…

“Assalamualaikum.

.Kehadapan adikku yang jauh di mata ..Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan..Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..

Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambaut tu..Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita..Nanti kau ambil ya..

Adikku sayang..

Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..

Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja..Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori..Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau..Kerana masa itu,..Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji..Aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang

,siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang,

aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau menyediakan makanku dan segalanya..Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku untukmu adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,

Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila..Betulkan..selepas kejadian itu..Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun..Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..

Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen..Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital..Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur..Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

Sayangku..

Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita..Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..

Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon tiada..Jangan kau bersedih..Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan….

– Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.

-Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.

-Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH.

-Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH.

-Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.

-Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.

-Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.

-Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH.

Adikku sayang..sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan pakcik kita menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada..Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..Salam sayang sedalam-dalamnya,Abang.”

Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan..Semuanya berwarna pink..Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah..Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu..Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku…

adik dan abang

adik dan abang

Karangan Terbaik UPSR 2007

Posted in Ctrl+A Ctrl+C Ctrl+V Edit Post with tags , , , , on November 11, 2010 by inibukanceritadongeng

Beberapa hari lepas aku ber-Facebook. Semak di ‘Home’ terlihatlah seorang kawan ni kongsi satu ‘link’ di ‘wall’ dia. Tajuk macam menarik. Aku pun klik dan bacalah. Baca ayat pertama pun dah tergelak macam nak tercabut rahang. Apatah lagi rangkap-rangkap seterusnya. Di sini aku kongsikan karangan tersebut:

“Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Aku pun terfikir. Betul ke budak UPSR buat karangan macam ni? Kalau tak benar pun orang yang buat karangan memang terbukti sangat kreatif. Boleh pula terfikir perkara-perkara yang orang tak terfikir. Tahniah dan syabas!

buku karangan

buku karangan

Setelah Dua Bulan

Posted in This Is My Story with tags , , , , on November 10, 2010 by inibukanceritadongeng

Sudah lama aku tak kemaskini blog. Kali terakhir adalah pada ulang tahun kemerdekaan ke-53 yang lepas. Sepanjang dua bulan ini banyak pengalaman yang aku tempuhi.

Selepas sambutan bulan kemerdekaan, adalah cuti pertengahan semester untuk dua minggu sempena cuti Hari Raya Aidilfitri. Aku balik bercuti di rumah mak cik aku yang terletak di BDC, Kuching. Sepanjang cuti, aktiviti ku hanyalah berkisar di dalam rumah sahaja. Menonton filem-filem tempatan sempena raya sampai lewat malam. Banyak juga pengajaran yang aku pelajari melalui filem-filem ni. Aku juga sempat berkunjung ke rumah sahabat handai pak cik dan mak cik aku yang menyambut raya. Dari rumah ke rumah dan kampung ke kampung. Berbagai-bagai karenah manusia kita dapat lihat. Berbagai-bagai juaga kaum yang datang ke rumah terbuka raya pada waktu itu. Lalu aku terfikir betapa bertuahnya kita tinggal di bumi Malaysia ini. Walaupun ada sedikit masalah dalaman, kita masih lagi dapat hidup aman damai. Tidak seperti di beberapa dunia ketiga. Nak tidur pun terpaksa berjaga-jaga sepanjang masa apatah lagi nak bersuka-ria.

Sekembalinya ke UNIMAS, aku sibuk dengan pelbagai aktiviti kampus. Antaranya sambutan aidilfitri peringkat UNIMAS, Karnival Sukan Air dan lain-lain. Di sebalik kesibukan ini, banyak perkara aku pelajari. Pengurusan masa dan komunikasi. Mengurus masa dengan efisien amat penting bagi seseorang pelajar. Komunikasi yang baik pula penting sebagai seorang pemimpin. Akademik yang cemerlang menjamin masa depan manakala komukasi yang berkesan menjamin kejayaan sesebuah organisasi.

Pada bulan Oktober pula, UNIMAS sibuk dengan Majlis Konvokesyen. Pesta Konvokesyen yang menjadi tradisi UNIMAS setiap tahun juga berlangsung untuk seminggu pada tahun ini. Banyak aktiviti telah UNIMAS anjurkan. Antaranya Minggu Seni Warisan dan Budaya, Senamtari, Citrawarna, gerak keusahawanan dan lain-lain. Aku sepanjang tiga minggu selepas cuti raya sibuk dengan rutin latihan tarian untuk citrawarna. Walaupun tak dapat watak utama, aku dapat hilangkan sedikit berat badan aku yang menaik selepas cuti. Hasil usaha dan titik peluh kami, juga mendapat balasan yang setimpal, tempat ketiga.

Selepas citrawarna, aku agak senang. Tak ada aktiviti nak dibuat. Jawabnya lepaklah di tempat kesukaan aku dan kawan-kawan. Bilik mesyuarat. Di situlah kami ‘online’, bersuka-ria, ‘download’ filem, lagu dan gelak beramai-ramai.

Itu saja dapat aku kongsikan. Apa-apa perspektif yang aku buahkan dari fikiran, akan aku kongsikan lagi di sini.

sebuah rumah di Pantai Permai

sebuah rumah di Pantai Permai

pemandangan dari seberang Tebingan Sungai Sarawak

pemandangan dari seberang Tebingan Sungai Sarawak

team senamtari brc

team senamtari brc

team citrawarna brc

team citrawarna brc

exporace brc

exporace brc

majlis anugerah pelajar unimas

majlis anugerah pelajar unimas

malam penghargaan jpk unimas

malam penghargaan jpk unimas

%d bloggers like this: