Kembara… Marvellous!!!

Walaupun sudah lebih setengah tahun berlalu, inginku kongsikan pengalamanku mengikuti Program Kembara Kepimpinan IPT 2009 tahun lepas.

kesejukan dek kedinginan air terjun di pergunungan borneo

kesejukan dek kedinginan air terjun di pergunungan borneo

Program yang berlangsung selama 12 hari dan bertemakan “Kembara Sarawak, Kenali Keindahan Bumi Kenyalang” itu dianggotai seramai 70 peserta dan dibantu oleh enam orang urusetia. Empat hari pertama kembara telah membawa kami menjelajahi dan mempelajari adat resam dan budaya kaum Bidayuh di Kuching. Lokasi tumpuan adalah Rumah Panjang Anah Rais. Pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan sudah tentu jungle trekking selama tiga jam ke sebuah air terjun di Pergunungan Borneo. Keindahan flora dan fauna menggamit minda dan membuat kami bersyukur akan keistimewaan ciptaan-Nya.

gadis-gadis Iban mempersembahkan tarian ngajat

gadis-gadis Iban mempersembahkan tarian ngajat

Dua hari berikutnya pula kami dibawa mengenali  adat resam dan budaya kaum Iban di Betong. Kedatangan kami ke Rumah Panjang Penurin disambut meriah oleh kesemua 30 keluarga rumah panjang tersebut. Kami disajikan dengan upacara miring dan tarian tradisional Iban, Ngajat. Memori menari tarian poco-poco dengan pendhuni rumah panjang membuatkan kami lebih rapat dengan masyarakat rumah panjang tersebut. Kemudian kami dibawa ke Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Bukit Saban. Di situ pelbagai latihan ketahanan diri telah kami pelajari. Antaranya ialah water confidence, berkayak, flying fox dan kembara berhalangan. Ternyata pelbagai modul dan latihan yang telah kami ikuti berjaya menyematkan keyakinan diri yang tinggi dalam diri kami.

kanak-kanak riang di Kampung Teh

kanak-kanak riang di Kampung Teh

Destinasi seterusnya ialah Mukah. Tiga hari di Mukah kami telah didedahkan dengan budaya kaum Melanau. Di Kampung Teli’an kami sempat melawat sebuah rumah tradisional Melanau, Lamin Dana. Aku mengaku, walaupun telah berpuluh tahun hidup di Sarawak, ada banyak sejarah kaum Melanau tidak aku ketahui. Segala informasi yang aku pelajari di Lamin Dana aku catatkan di buku notaku. Kami juga dibawa ke sebuah kilang memproses pokok sagu di Mukah. Di Kampung Medong pula kami belajar cara-cara pemprosesan sagu. Kami juga sempat merasa pelbagai masakan dan produk-produk berasakan sagu. Di Kampung Teh, kami berpeluang mengenali adat resam kaum Melanau Islam. Sungguh peramah penduduk kampung itu dengan senyuman. Kami juga disajikan makan tengahari dengna makanan tradisional Melanau yang pelbagai. Licin pinggan-pinggan lauk. Selesai makan tengahari, kami dibawa melihat cara-cara membuat biskut tradisional Melanau, Tebaloi. Pada masa sama, kami sempat berkenalan dan bergurau senda dengan penduduk kampung terutamanya anak-anak kecil. Berat hati kami meninggalkan mereka.

Sekembalinya ke Kuching, kami dibawa ke Pasar Minggu Satok dan Sarikin. Rakan-rakan dari Semenanjung dan Sabah menggunakan kesempatan ini untuk berbelanja. Wajib beli datang ke Sarawak sudah tentu ikan terubok masin dan kek lapis Sarawak. Ada yang datang dengan beg sahaja, tapi balik dengan banyak kotak di tangan. Malam terakhir kembara, setiap kumpulan mempersembahkan persembahan kumpulan masing-masing.

di saat perpisahan

di saat perpisahan

Setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan.  Terus terang aku katakan, kembara ini telah banyak mengajar aku erti kepimpinan. Mana taknya, majoriti rakan-rakan dari IPT lain adalah barisan MPP IPT masing-masing. Tambahan pula, aku dilantik menjadi ketua kumpulan di mana ahli-ahlinya adalah MPP. Bukan nak bangga diri, tapi rasa bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan pelbagai jenis ragam dan perangai manusia. Pengalaman paling bermakna dan tak dapatku lupakan sudah tentu semasa di PLKN Bukit Saban dan sesi debat “Siapa Aku?” Teringat pula akan sang beruang.

Di saat perpisahan, tak seorang pun yang tak menitiskan air mata termasuklah aku. Kami bagaikan adik beradik. Sehingga kini kami masih berhubungan antara satu sama lain. Terima kasih kepada ciptaan paling unggul abad ini, telefon bimbit dan laman social, Facebook. Semoga segala memori bersama tidak tinggal sekadar kenangan. Tetapi, jadikanlah ia sebagai panduan dan teladan dalam kita mengembara dalam perjalanan yang tak tentu penghujungnya yang dinamakan “kehidupan.”

bergambar ramai-ramai buat kali terakhir

bergambar ramai-ramai buat kali terakhir

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 6:55 PM, 22/08/2010.

One Response to “Kembara… Marvellous!!!”

  1. che saiful Says:

    uuhuhuhuhuhu
    sedihnya……
    aku rindu kamu semua!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: