Archive for August, 2010

Bukan Sekadar Hitam Putih

Posted in Pena Minda with tags , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , on August 31, 2010 by inibukanceritadongeng
ulang tahun kemerdekaan malaysia ke-53

ulang tahun kemerdekaan malaysia ke-53

Kita bukan sekadar hitam putih,

Merah, putih, biru, kuning,

Itulah bendera kita,

Itulah Jalur Gemilang!

Kita bukan sekadar hitam putih,

Satu tangkai, lima kelopak,

Itulah bunga kebangsaan kita,

Bunga raya!

Kita bukan sekadar hitam putih,

Kepercayaan kepada Tuhan,

Kesetiaan kepada Raja dan Negara,

Keluhuran Perlembagaan,

Kedaulatan Undang-Undang,

Kesopanan dan Kesusilaan.

Itulah Rukun Negara!

Kita bukan sekadar hitam putih,

Dimulakan dengan Negaraku,

Diakhiri dengan Raja Kita Selamat Bertakhta,

Itulah lagu kebangsaan kita,

Negaraku!

Kita bukan sekadar hitam putih,

Melayu, Cina, India,

Iban, Bidayuh, Melanau,

Kadazandusun, Murut, Bajau,

Semua punya kepercayaan,

Semua sama-sama istimewa.

Kita bukan sekadar hitam putih,

Eid Fitri, Gong Xi Fa Chai, Deepavali,

Gawai, Kaul, Kaamatan,

Semua rumah terbuka,

Semua menyambutnya.

Kita bukan sekadar hitam putih,

Mat Salleh itu orang putih,

Negro itu the black,

Tetapi tidak kita.

Kita punya acuan sendiri,

Kita punya maruah,

Kita punya budaya,

Kita punya identiti,

Kita berwarna-warni,

Kita bukan sekadar hitam putih,

Itulah Malaysiaku tercinta!

merdekakah anda? tepuk dada, tanya selera.

merdekakah anda? tepuk dada, tanya selera.

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 31/08/2010, 6:50 AM.

AMARAN: MUDAH PECAH!

Posted in Pena Minda with tags , , , on August 25, 2010 by inibukanceritadongeng
maafkan aku

maafkan aku

Maafkan aku,

Maafkan aku kerana hatiku begini.

Maafkan aku,

Maafkan aku kerana sifatku begini,

Bagaikan butiran pasir putih di tepian pantai.

Maafkan aku,

Maafkan aku kerana pasir-pasirku leburnya di panas melampau,

Apabila ianya mulai lebur, putuslah ikatan antara molekul,

Silikon dioksida.

Maafkan aku,

Maafkan aku kerana leburnya pasir-pasir itu cuma sementara,

Sejuk dalam sekelip mata,

Terbentuklah ikatan rapuh tak seragam antara mereka,

Kaca.

Maafkan aku,

Maafkan aku kerana hatiku rapuh,

Bukan sensitif, tapi inilah semula jadinya aku,

Anugerah.

Maafkan aku,

Maafkan aku kerana atas tindakku engkau terasa,

Tidak sengaja,

Refleks.

Maafkan aku,

Maafkan aku,

Maafkan aku seandainya hatiku mudah pecah,

Hancur berkecai andai jatuh ke permukaan batu,

Bagai replika sang puteri di dalam kotak tertulis “AMARAN: MUDAH PECAH!”

AMARAN : MUDAH PECAH

AMARAN : MUDAH PECAH

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 25/08/2010, 01:30 AM.

Kembara… Marvellous!!!

Posted in This Is My Story with tags , , , , , , on August 22, 2010 by inibukanceritadongeng

Walaupun sudah lebih setengah tahun berlalu, inginku kongsikan pengalamanku mengikuti Program Kembara Kepimpinan IPT 2009 tahun lepas.

kesejukan dek kedinginan air terjun di pergunungan borneo

kesejukan dek kedinginan air terjun di pergunungan borneo

Program yang berlangsung selama 12 hari dan bertemakan “Kembara Sarawak, Kenali Keindahan Bumi Kenyalang” itu dianggotai seramai 70 peserta dan dibantu oleh enam orang urusetia. Empat hari pertama kembara telah membawa kami menjelajahi dan mempelajari adat resam dan budaya kaum Bidayuh di Kuching. Lokasi tumpuan adalah Rumah Panjang Anah Rais. Pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan sudah tentu jungle trekking selama tiga jam ke sebuah air terjun di Pergunungan Borneo. Keindahan flora dan fauna menggamit minda dan membuat kami bersyukur akan keistimewaan ciptaan-Nya.

gadis-gadis Iban mempersembahkan tarian ngajat

gadis-gadis Iban mempersembahkan tarian ngajat

Dua hari berikutnya pula kami dibawa mengenali  adat resam dan budaya kaum Iban di Betong. Kedatangan kami ke Rumah Panjang Penurin disambut meriah oleh kesemua 30 keluarga rumah panjang tersebut. Kami disajikan dengan upacara miring dan tarian tradisional Iban, Ngajat. Memori menari tarian poco-poco dengan pendhuni rumah panjang membuatkan kami lebih rapat dengan masyarakat rumah panjang tersebut. Kemudian kami dibawa ke Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Bukit Saban. Di situ pelbagai latihan ketahanan diri telah kami pelajari. Antaranya ialah water confidence, berkayak, flying fox dan kembara berhalangan. Ternyata pelbagai modul dan latihan yang telah kami ikuti berjaya menyematkan keyakinan diri yang tinggi dalam diri kami.

kanak-kanak riang di Kampung Teh

kanak-kanak riang di Kampung Teh

Destinasi seterusnya ialah Mukah. Tiga hari di Mukah kami telah didedahkan dengan budaya kaum Melanau. Di Kampung Teli’an kami sempat melawat sebuah rumah tradisional Melanau, Lamin Dana. Aku mengaku, walaupun telah berpuluh tahun hidup di Sarawak, ada banyak sejarah kaum Melanau tidak aku ketahui. Segala informasi yang aku pelajari di Lamin Dana aku catatkan di buku notaku. Kami juga dibawa ke sebuah kilang memproses pokok sagu di Mukah. Di Kampung Medong pula kami belajar cara-cara pemprosesan sagu. Kami juga sempat merasa pelbagai masakan dan produk-produk berasakan sagu. Di Kampung Teh, kami berpeluang mengenali adat resam kaum Melanau Islam. Sungguh peramah penduduk kampung itu dengan senyuman. Kami juga disajikan makan tengahari dengna makanan tradisional Melanau yang pelbagai. Licin pinggan-pinggan lauk. Selesai makan tengahari, kami dibawa melihat cara-cara membuat biskut tradisional Melanau, Tebaloi. Pada masa sama, kami sempat berkenalan dan bergurau senda dengan penduduk kampung terutamanya anak-anak kecil. Berat hati kami meninggalkan mereka.

Sekembalinya ke Kuching, kami dibawa ke Pasar Minggu Satok dan Sarikin. Rakan-rakan dari Semenanjung dan Sabah menggunakan kesempatan ini untuk berbelanja. Wajib beli datang ke Sarawak sudah tentu ikan terubok masin dan kek lapis Sarawak. Ada yang datang dengan beg sahaja, tapi balik dengan banyak kotak di tangan. Malam terakhir kembara, setiap kumpulan mempersembahkan persembahan kumpulan masing-masing.

di saat perpisahan

di saat perpisahan

Setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan.  Terus terang aku katakan, kembara ini telah banyak mengajar aku erti kepimpinan. Mana taknya, majoriti rakan-rakan dari IPT lain adalah barisan MPP IPT masing-masing. Tambahan pula, aku dilantik menjadi ketua kumpulan di mana ahli-ahlinya adalah MPP. Bukan nak bangga diri, tapi rasa bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan pelbagai jenis ragam dan perangai manusia. Pengalaman paling bermakna dan tak dapatku lupakan sudah tentu semasa di PLKN Bukit Saban dan sesi debat “Siapa Aku?” Teringat pula akan sang beruang.

Di saat perpisahan, tak seorang pun yang tak menitiskan air mata termasuklah aku. Kami bagaikan adik beradik. Sehingga kini kami masih berhubungan antara satu sama lain. Terima kasih kepada ciptaan paling unggul abad ini, telefon bimbit dan laman social, Facebook. Semoga segala memori bersama tidak tinggal sekadar kenangan. Tetapi, jadikanlah ia sebagai panduan dan teladan dalam kita mengembara dalam perjalanan yang tak tentu penghujungnya yang dinamakan “kehidupan.”

bergambar ramai-ramai buat kali terakhir

bergambar ramai-ramai buat kali terakhir

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 6:55 PM, 22/08/2010.

“BUANG BAYI BUDAYA KITA?”

Posted in Semasa with tags , , , , , , , on August 17, 2010 by inibukanceritadongeng
mayat sekujur tubuh bayi yang tidak sempat merasai asam garam dunia

mayat sekujur tubuh bayi yang tidak sempat merasai asam garam dunia

dulu kita sibuk dengan kempen “budi bahasa, budaya kita.” sekarang pula, adakah mungkin “buang bayi, budaya kita”???

untuk memahami isu ini, kita harus mengkaji secara mendalam aspek punca, kesan dan pendekatan yang harus diambil bagi membanteras penyakit sosial ini. dalam ruangan ini, saya hanya akan membincangkan satu punca, satu kesan dan satu pendekatan dalam membasmi masalah ini.

punca:
pandangan tipikal masyarakat dan pemikiran ketimuran rakyat kita sendiri. dalam masyarakat malaysia yang tipikal, mana-mana remaja perempuan atau wanita yang mengandung sebelum berkahwin akan dipandang serong dan dituduh bermacam-macam. sundal, jalang, perempuan murahan, gatal dan sebagainya. kita bagaikan meletakkan punca anak perempuan itu megandung kepada dirinya seorang sahaja. mana mungkin seorang perempuan boleh mengandung tanpa seorang lelaki. sebagai manusia yang dikurniakan otak untuk berfikir lebih waras daripada makhluk lain di muka bumi ini, kita seharusnya menyokong anak perempuan itu untuk memelihara anak dalam kandungan itu ke dunia dan membesarkan kurniaan Tuhan itu sedaya upaya sehingga dewasa. bayangkan, seorang anak gadis di perkampungan jauh di luar bandar mengandung dan disisihkan oleh masyarakat kampung dan keluarganya sendiri. sudah tentu anak gadis itu akan berasa sungguh tertekan dan bagai putus harapan. putus harapan dan tempat bergantung sehingga sanggup membunuh diri. tapi, bagi yang masih bersemamangat kental pada awalnya untuk memelihara segumpal daging merah itu hingga dewasa, dia akan melahirkan anak itu ke dunia. tetapi, tanpa sokongan daripada keluarga, rakan dan masyarakar sekeliling, di saat-saat melahirkan anak itu, ibu tunggal itu sanggup membuang anak itu seperti sampah di merata-rata tempat termasuklah di mangkuk tandas di mana kita membuang najis!

kesan:
kesan kes-kes pembuangan bayi kepada masyarakat. media massa terutamanya televisyen memainkan peranan penting dalam pendedahan dan penyiaran kes-kes terbaru baung bayi. laporan yang tidak berbentuk monoton ini akan membuka minda dan memberi kesedaran kepada remaja dan belia kita. ini sekali gus membendung mereka daripada melakukan hubungan seks luar nikah.

pendekatan: sebagai manusia pada abad ke-21 di mana dunia kini tiada sempadan, kita seharusnya tidak memaki hamun perempuan atau keluarganya apabila didapati anak perempuan itu mengandung luar nikah. kita sepatutnya memberikan semangat dan sokongan kepada anak perempuan itu untuk melahirkan dan membesarkan anak itu. ini bukan bermaksud kita menyokong perhubungan seksluar nikah. bayangkan akibatnya jika anak perempuan itu membunuh diri atau membuang bayi yang dia lahirkan. lebih besar dosa yang dia tanggung akibat daripada membunuh anak bernyawa yang belum mengerti betapa kejam dunia ini dan bayangkan penyesalan dan gangguan emosi yang terpaksa ditanggungnya selepas membuang bayi tersebut.

sekadar pendapat peribadi dan pandangan tipikal saya. fikir-fikirkanlah…

lagi mayat bayi yang dibuang bagaikan sampah

lagi mayat bayi yang dibuang bagaikan sampah

di sini saya kongsikan lirik dari petikan lagu ahli fiqir, ambil ambillah:

Di ruang-ruang kota
Di celah-celah pinggir desa
Di dalam banglo bilik istana kamar si rumah usang
Di dalam petak teratak usang si rumah sewa
Di dalam di mana saja
Di situlah bermula kisah ambilah

Di ruang-ruang hotel mewah berbintang lima
Di dalam bilik-bilik kecil katil hotel-hotel berharga murah
Di dalam hamparan bendang,ladang dan sawah
Di dalam taman,tasik segala bermula kisah ambilah
Di dalam semak belukar petak usang atau mobil mewah

Embun menjadi tegar kekasih saling berikrar
Merpati dua sejoli bermadu kasih perit,pedih,rintih,nikmat,keluh,resah
Jadi derita ambilah

Dari setitis air mengalir menjadi seketul darah dari seketul darah
Menjadi segumpal daging merah
Berdegup jantung nya bernangis bernyawa
Sayang hanya dibuat umpama seurat sebutir sampah
Tanggis nya mengisi dunia
Siapa mama nya siapa papa nya
Siapa yang empunya

Jangan ditanya siapa papa dan siapa mama nya lagi
Dia hanyalah bayi merah
Hanya bayi merah yang wujud dari rahim seorang wanita
Yang tidak dan belum mengerti apa-apa

Ambilah ingin segera ku dengarkan azan di telinga tika mata mu pejam
Ingin segera ku kenalkan mu pada dunia saat tika mata mu jaga
Ambilah adakah kau bisa menghadapi semesta yang menanti
Dengan sejumlah sejuta taring yang berbisa
Senda,tawa hilai dunia usah la kau kecewa berputus asa

Ambilah ingin ku melihat dikau mendaki puncak bukit menara tinggi menhirup erti hidup
Memeluk sari enti bunga dunia memeluk alam semesta
Ambila ingin ku lihat kau dewasa merangkak bertatih jatuh bangkit bangun semula
Berlari ke kaki pelangi mengejar mimpi melewati samudera dengan sayap irama

Sesekali gendong la dia ajak la dia bicara sewaktu-waktu timang la dia
Dan buat dia ketawa kerana dia juga seperti anak kecil yang lainnya

Tulis la luka ambilah tulis la di dinding-dinding rumah
Tulis la di kaca-kaca pada setiap wajah yang kau jumpa kalimah yang kau kutip dari
Butir sejarah
Tulis la duka ambilah tulis la bertapa hari-hari yang kau lalui bertapa kau sunyi sepi
Dingin nya sedingin salji walau berdiri mu di panas terik mentari

Tulis la rindu ambilah tulis la atas pasir dan tanah
Tulis la dengan jari-jemari yang tidak pernah merasa nikmat sentuhan papa dan mama
Tulis la tulis la tulis la ambilah
Agar dapat ku khabarkan pada semua tidak akan lahir sejuta janin tak berdosa
Seorang lagi ambilah

Dan pabila tanggis nya pertama kali mengisi dunia
Nyaring garing memecah suasana hening subuh gelita
Di dalam dingin pagi begini embun menjadi saksi
Mentari ku bersedih si gebu kecil mengigil si mongel kecil memangil

(ambilah…ambilah….ambilah ar… ambilah…ambilah..ambilah… arr….)

Ambila Ambillah oleh Ahli Fiqir

Copyright © Ini Bukan Cerita Dongeng, 07:35 PM, 17/08/2010.

%d bloggers like this: